5 Resepi Nasi Spesial Untuk Hidangan Hari Raya

resepinasi.net – Hello… Bagaimana khabar rakan-rakan semua? Semoga semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Jika masa sudah mendekati Aidilfitri, perkara-perkara biasa yang kita lakukan adalah mencari resepi untuk hidangan pada hari raya Aidilfitri yang istimewa. Kerana pada masa hari raya akan datang, banyak kawan-kawan atau saudara-mara yang akan melawat ke rumah kita. Kita perlu sediakan hidangan istimewa kepada mereka. Selain mempunyai rasa yang lazat, hidangan ini adalah juga biasa untuk ramai orang. Hidangan nasi adalah pilihan yang tepat. Selain mempunyai rasa yang sedap, hidangan ini juga adalah tetap pada berkhidmat untuk ramai orang. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi hari raya spesial dengan 5 hidangan nasi paling istimewa. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Baca Juga : Resepi Nasi Kerabu Kuning Untuk Masakan Raya Istimewa

1. Resepi Nasi Daging Sempoi

Resepi Hari Raya - Resepi Nasi Daging Sempoi

Bahan-Bahan

  • 2 cawan beras basmathi @ beras taj mahal faiza
  • 1/2 kg daging lembu
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 – 6 sudu besar rempah kurma daging
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • air ( ikut sukatan beras yg digunakan)
  • bahan perasa
  • susu cair F&N
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kayu manis
  • 3-4 kuntum bunga cengkih
  • sedikit garam
  • 4-5 biji bawang merah

Cara Membuat

  1. Mula2 basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, masukkan bawang merah+ bawang putih+halia ( dihiris )+bunga lawang+kayu manis+bunga cengkih dan goreng sehingga garing.
  3. Bila bahan2 tumis tadi dah garing dan berwarna keemasan masukkan rempah kurma ( dibancuh dengan sedikit air ) dan biarkan rempah kurma tersebut garing dan naik bau.
  4. Bila dah naik bau ( jgn terlalu garing takut nanti pahit ) masukkan air (air nih mengikut sukatan jenis beras yang digunakan) dan boleh masukkan susu cair ( sukatan susu dan air cth: 2 cwn air yang diperlukan utk memasak beras taj mahal,msukkan 1/2 cwn susu cair dan 1 1/2 cwn lg air )
  5. Bila dah masukkan semua dalam periuk bolehlah dimasak seperti nasi biasa sehingga kering.
  6. Boleh dimakan bersama sambal tumis udang@sotong+kerabu tomato.

Source : isaurakitchen blogspot

2. Resepi Nasi Minyak Hujan Panas

Resepi Hari Raya - Resepi Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-Bahan

  • 2 ½ cawan beras (dibersih dan ditoskan)
  • 3 camca besar minyak sapi atau 50 gm mentega
  • 4 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sm halia (dimayang)
  • 2 ½ sm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • ½ cawan susu pekat
  • 25 gm kismis
  • ¼ cawan bawang goreng
  • Air anggaran 3 cawan, pewarna merah, kuning dan hijau.
  • garam secukup rasa

Cara Membuat

  1. Panaskan minyak sapi, tumis bahan hingga kuning.
  2. Masukkan daun pandan, air, susu dan garam. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan beras dan kacau hingga rata, perlahankan api.
  4. Bila nasi hampir masak, masukkan pewarna merah dan hijau, gaul hingga rata.
  5. Bila telah masak, bolehlah dihidangkan.

Source : FB Resepi Nasi

3. Resepi Nasi Beriani Kurma Daging

Resepi Hari Raya - Resepi Nasi Beriani Kurma Daging

Bahan-Bahan

  • 4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan)
  • 4 cawan air
  • ¾ tin susu cair
  • 600 gm daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 100 gm kacang gajus (dikisar halus)
  • ¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)
  • 2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar minyak sapi / marjerin
  • 2 helai daun pandan
  • Garam & gula secukup rasa Bahan Kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Bahan Tumis

  • 5 ulas bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 2 cm halia (dimayang)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 kuntum bunga lawang
  • ½ sudu kecil jintan manis
  • 3 biji buah pelaga

Cara Membuat

  1. Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan.
  2. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan bahan tumis.
  3. Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus.
  4. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak.
  5. Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula.
  6. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak.
  7. Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.

4. Resepi Nasi Mentega Cranberry

Resepi Hari Raya - Resepi Nasi Mentega Cranberry

Bahan-Bahan

  • 4 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit & ditoskan)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu sejat IDEAL
  • 1 kiub pati ayam Maggi (optional)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/3 cawan cranberry kering
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumis

  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang serai (di titik)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Bahan Hiasan

  • Daun bawang & daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng secukupnya

Cara Membuat

  1. Di dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga berbau harum.
  2. Masukkan beras dan kacau mesra dan sebati. Masak selama 1-2 minit.
  3. Masukkan kiub pati ayam (dihancurkan) dan gaul rata dan sebati. Tutup api.
  4. Alihkan beras ke dalam periuk Rice Cooker, tuangkan air dan susu sejat. Kacau rata.
  5. Tambahkan garam secukup rasa dan tanaklah seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, taburkan cranberry kering dan biarkan nasi betul-betul masak.
  7. Gaulkan dengan chopstick. Biarkan sebentar. Tutup suis Rice Cooker untuk mengelakkan nasi berkerak

5. Resepi Nasi Tumis Pelangi

Resepi Hari Raya - Resepi Nasi Tumis Pelangi

Bahan-Bahan

Bahan Kisar
(Kisar dengan 1 cawan air – Gunakan cawan yang sama)

  • Untuk menyukat air & beras
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 biji bwg besar
  • sedikit halia

Bahan Tumis

  • 1 biji bwg besar – hiris halus
  • 2 inch kayu manis
  • 3 pelaga
  • 2 bunga lawang minyak utk menumis – jika suka boleh campurkan 1 ke 2 sudu besar
  • minyak sapi

Bahan-Bahan Lain

  • 4 cawan beras basmati/ beras wangi
  • 6 cawan air
  • 1 ke 2 helai daun pandan – dibersihkan & disimpul
  • garam & gula secukup rasa
  • pewarna makanan pilihan

Cara Membuat

  1. Cuci beras & toskan..
  2. Kemudian masukkan beras ke dalam rice cooker bersama daun pandan
  3. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  4. Masukkan bahan kisar & tumiskan bersama hingga wangi,
  5. Masukkan 6 cawan air,masak hingga mendidih cukupkan perasanya.
  6. Bila dah didih masukkan kedalam rice cooker yg berisi beras tadi. masak seperti biasa.
  7. Bila nasi dah masak – sudukan sedikit pewarna pilihan.
  8. **Ambil chopstick cucuk2 permukaan nasi yg telah masak, sudukan pewarna pilihan. tutup periuk.
  9. Bila nk dihidangkan baru dicampur adukkan perlahan2. dihidangkan dgn taburan kismis / kacang gajus.

Source : http://recipesasha.blogspot.com/

Sila cuba satu atau pun semua resepi hari raya di atas. Jadikan hidangan spesial untuk keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan di Aidilfitri. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Untuk Perayaan Idul Fitri

Incoming search terms:

Leave a Reply