Resepi Daging Bakar Nasi Kerabu Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan sehati. Nak kabar apa hari esok? Semoga kabar baik and selalu berlimpah rezeki yer. Kali ni saya nak berkongsi resepi daging bakar nasi kerabu yang sedap dan mudah. Siapa kawan sehati kat sini yang tak kenal famous and sedap nya daging bakar nasi kerabu ni? Kalau ada boleh la tengok resepi yang nak saya kongsikan ni. Resepi daging bakar nasi kerabu merupakan resepi yang bahan utama iaitu daging and nasi. Oke semak langsung sahaja resepi bahan and cara cara daging bakar nasi kerabu bawah ni.

resepi daging bakar nasi kerabu

Bahan untuk Nasi Kerabu

  • 4 pot beras Siam Serindit
  • 5 pot air – bergantung kepada beras masing-masing
  • 3 helai daun limau purut – dikoyak-koyak
  • Segenggam bunga telang – direndam
  • Sedikit garam

Bahan untuk Kuah Tumis

  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Halia sikit
  • Cili kering (ikut suka, aku letak 5 batang)
  • Santan kotak dalam 3-4 cawan kemudian campur air sikit
  • serai sebatang dititk
  • lengkuas sikit diketuk
  • asam gelugur dalam 3 keping
  • Gula 1 sudu dan sedikit garam

Bahan untuk Sambal Ikan

  • Kelapa parut di goreng hingga garing
  • ikan bakar (boleh guna smoked mackerel 1 ekor)
  • bawang merah 4 biji
  • serai
  • Gula keping aka nise keping ore kelate panggil 1 keping dicairkan

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Sedap dan Ringkas

Bahan untuk Daging Bakar

  • 1 batang serai
  • 5-6 ulas Bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Jintan manis
  • kunyit sedikit
  • Kesemua di blender. Garam diletak sebanyak 1/5 dari hasil blender
  • 200g daging dipotong besar-besar tapi nipis sedikit
  • madu 1 ke 2 sudu

Cara-cara

Cara membuat Nasi Kerabu

  1. Beras di bersihkan dan rendam sebentar senagn air bungan telang uuntuk menyerapkan lagi warna biru pada beras
  2. Kemudian ditanak seperti biasa bersama-sama daun limau purut, daun pandan dan air bunga telang yang memberi aroma semulajadi pada nasi
  3. Masukan sedikit garam

Cara Membuat Kuah Tumis

  1. Kisar bawang putih, merah, halia dan lcili kering kesemuanya, kemudian tumis hingga naik minyak
  2. Kemudian masukkan santan dan kacau. Masukkan serai dan lengkuas.
  3. Selepas santan tadi pecah minyak dan pekat masukkan asam gelugur

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Kicap Paling Sedap dan Simple

Cara Membuat Sambal Ikan

  1. Kelapa parut digoreng atas api perlahan
  2. Mula-mula aku tumbuk bawang merah tapi lambat sengoti, maka aku blender lebihan bawang tu dengan serai
  3. Kemudian isi ikan ditumbuk
  4. Kemudian kelapa parut yang dah siap digoreng ditumbuk hingga lumat (jgn jadi kerisik yer)
  5. Kemudian campurkan isi ikan dan bahan yang diblender. Masa ni aku masukkan garam, blackpepper sikit pahtu sambal oelek. Kalu takmo, takpe.
  6. Dalam kuali sederhana panas, campurkan campuran ikan + kelapa parut di atas dengan kelapa goreng tumbuk hingga sebati baru masukkan nise keping yang sudah dicairkan.
  7. Masa letak nise nih atas kuali yang sederhana panas supaya nise cair.

Cara Membuat daging Bakar

  1. Marinate daging dengan kesemua bahan diatas seeloknya setengah hari atau sehari lagi sedap. Marinate garam kunyit tu xpayah banyak2, just sesudu ke dua sudu, lebihan bolehlah disimpan. Marinate 2 jam pun sedap gak
  2. Bakar sekeping besar tu
  3. Agak-agak dalm 20 minit baru masak
  4. Kalau lepas potong nampak merah letak je atas dapur bakar sikit

Tips

  • Ulam bole guna kacang panjang, taugeh dan daun salad
  • Budu tambah sambal dan perahan limau
  • goreng keropok

Hurm sedap nyerr resepi ni. Untuk kawan yang nak cuba tak boleh berpatah harapan kalau hasil mengecewakan. Kerana saya pon demikian. But saya keep try an try walau hasil tak maksimal. Oke sekian kongsi resepi daging bakar nasi kerabu ni. Semoga berfaedah untuk kawan and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Chef Sabri Celebrity yang Sedap and Lazat

Incoming search terms:

Leave a Reply