Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Untuk Perayaan Idul Fitri

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua rakan. Nasi dagang sangat terkenal di Malaysia. Nasi dagang adalah hidangan tradisi dan makanan sarapan yang popular di Terangganu. Hidangan ini sangat sesuai untuk dijadikan hidangan pada saat perayaan Idul Fitri. Di Kelantan, Masyarakat kelantan biasa menikmati hidangan ini untuk sarapan setelah menunaikan ibadah solat Aidil Fitri. Jika berniat ingin membuat gulai tongkol dengan nasi dadang kelantan ini untuk perayaan aidilfitri, saya akan berkongsi resepi gulai ikan tongkol nasi dadang untuk Anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya

Baca juga : Resepi Nasi Beriani Ayam Mudah dan Paling Sedap

Bahan-bahan

Bahan-bahan Untuk Nasi Dagang :

  • 5 cawan beras siam wangi – direndam 5-6 jam
  • 6 biji bawang merah – dihiris
  • 2 in halia – dihiris
  • 2 sudu besar halba
  • 3 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk Gulai Ikan Tongkol :

  • 2 ekor ikan tongkol – dibersihkan
  • 12 biji bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 3 in halia*
  • 2 in lengkuas*
  • 2 in kunyit* – semua bahan*dikisar
  • 2 biji bawang besar – dihiris
  • 4 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 cawan rempah gulai – gaul dengan sedikit air
  • 3 keping asam gelugur
  • 5 cawan santan
  • Sedikit gula nipah
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-Cara

Cara-cara Membuat Nasi Dagang :

  1. Panaskan pengukus.
  2. Beras yang telah direndam dibasuh bersih kemudian masukkan santan cair dan dikukus separuh masak.
  3. Angkat dan masukkan santan pekat, bawang, halia, halba dan garam. Kacau rata.
  4. Kukuskan sekali lagi hingga nasi masak dan lembut.
  5. Angkat dan hidangkan.

Cara Membuat Gulai Ikan Tongkol :

  1. Tumis bawang besar hiris dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau hingga wangi.
  3. Masukkan rempah gulai dan cili kisar dan kacau.
  4. Tuangkan santan dan kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan kerisik, gula nipah, garam dan sedikit gula.
  6. Masukkan ikan dan kacau hingga ikan masak.
  7. Sedia dihidang.

Tips

  • Hidangkan bersama acar timun & carrot dan telur rebus
  • Resepi ni untuk untuk 8 orang

Nasi dagang gulai ikan tongkol ini memang mempunyai rasa yang nikmat. Tidak hairan jika menu ini dijadikan hidangan hari raya idul fitri. Menikmati nasi dagang dengan gulai ikan tongkol bersama-sama keluarga, saudara, atau rakan-rakan anda di hari raya Idul fitri memang Sesuatu yang sangat Istimewa. Menu ini adalah kegemaran keluarga saya saat Idul Fitri datang. Sila cuba resepi gulai ikan tongkol nasi dagang ini untuk menyambut Aidil Fitri. Jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Nasi Beriani Gam Ayam Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply