Resepi Ikan Celup Tepung Nasi Kerabu Paling Sedap Wajib Cuba

resepinasi.net – Hello… bagaimana khabar rakan-rakan semua? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Siapa yang tak tahu Nasi kerabu yang? Masakan yang satu ni memanglah mempunyai banyak peminat. NASI kerabu biasanya disajikan dengan pelbagai hidangan seperti ayam bakar, daging panggang atau ikan celup tepung. Saya telah mencuba beberapa resipi ikan celup tepung untuk digunakan sebagai hidangan nasi kerabu. Walau bagaimanapun, saya masih belum menjumpai rasa yang benar-benar lazat. Sehingga saya mendapati resepi ikan celup tepung nasi Kerabu ni dari Fanpage Nasi Kerabu Express Ledang Muar. Resep ikan celup tepung nasi kerbu ni benar-benar menepati citarasa saya. OK, langsung sahaja saya akan berkongsi resipi untuk anda, jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Ikan Celup Tepung Nasi Kerabu Paling Sedap Wajib Cuba

 

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Saffron Paling Sedap Wajib Cuba

Bahan-bahan Ikan Celup Tepung

  • Ikan kembung segar
  • Tepung beras
  • Air kapur sket
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Serbuk kunyit sket
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuat Ikan Celup Tepung

  1. Bersihkan ikan. Toskan.
  2. Bancuh tepung beras bersama bahan-bahan lain sehingga sekata.
  3. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  4. Celup ikan dalam bancuhan tepung beras tadi, goreng dalam minyak yang panas.
  5. Hidang panas-panas bersama sos cili.

Ikan celup tepung dah siap dihidang. Hidangkan ikan celup tepung ni dengan nasi kerabu yang paling sedap untuk hidangan makan tengahari atau makan malam bersama keluarga. Sila cuba resepi ikan celup tepung nasi kerabu ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Semoga berfaedah dan selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

Leave a Reply