Resepi Kuah Nasi Dagang Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Still berpusing pasal resepi? Yap saye disini nak hancurkan berpusing dengan berkongsi resepi kuah nasi dagang. Actually nak share resepi lain but permintaan hubby buat nasi dagang and saye kongsikan pulak di blog ni. Oke langsung semak sahaja resepi nya. Jom.

Resepi Kuah Nasi Dagang Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1-½ kg ikan kayu/tongkol/tenggiri
  • 2 biji kelapa (ambil santannya)
  • 3 sudu besar Gula merah, 10 lada besar (hijau+merah), segengam cili api, 15 biji asam
  • belimbing buluh ( jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji)
  • Minyak masak secukupnya

Bahan A (Rendam dan blend)

  • 3 sudu besar Ketumbar
  • 3 sudu besar Jintan Manis
  • 5 biji Buah keras
  • 1 sudu besar Lada hitam

Bahan B ( Hiris halus + Blend)

  • 2 inci Halia
  • 2 inci Lengkuas
  • 1 mangkuk Bwg merah
  • 2 labu Bwg putih
  • 3 kotak Belacan (kotak kecil)

Bahan C (rendam dgn air panas + blend)

  • 1 mangkuk cili kering

Baca Juga : Resepi Nasi Kuning Terengganu Paling Sedap

Cara-cara :

  1. Ikan disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam. Lepas dicuci masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 drp paras ikan dlm periuk. Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali). Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering.
  2. Gunakan kuali besar, letak minyak (1-1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya.
  3. Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi. Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi.
  4. Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato. Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air.
  5. Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah. Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah garam gula.

Cadangan Hidangan:

  • Hidangkan bersama dgn nasi dagang. Sedaaap. Cubalah. Anda pasti suka.

Tips

Ingat waktu menumis amat penting. Bahan A mesti benar2 harum, kemudian masuklah bahan B. Biar betul2 kering dan harum baru masuk bahan C.

Itulah resepi kuah nasi dagang. hampir lupak saye nak kongsikan pulak resepi nasi dagang simple. Semak bawah ni Jom.

Resepi Nasi Dagang Simple

  • 1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
  • 3 cawan santan cair
  • 2 sudu teh halba
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 sdt gula
  • 1 sdt garam

Cara cara memasak Nasi Dagang:

  1. Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus beras tersebut selama 30 minit.
  2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar, masukkan santan dan gaulkan ia. Kemudian dikukus lagi selama 30 minit.
  3. Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan tambah halba, halia, bawang, gula serta garam.
  4. Teruskan lagi mengukus selama 20 minit.
  5. Bila dah masak barulah di angkat untuk dihidangkan.

Paling hoot and sedaap nasi ni. Pantas la jadi kesukaan my hubby. Resepi ni biasanya dihidangkan saat raya Aidil Adha. But teman boleh la hidangkan saat hari biasa saat makan petang or lunch. Oke sekian resepi kuah nasi dagang ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Hainan Simple dan Sedap Wajib Cuba

Leave a Reply