Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Noxxa Simple dan Sedap

resepinasi.net – Hello… Bagaimana khabar rakan-rakan semua? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Berjumpa lagi dengan saya yang sentiasa setia berkongsi segala macam resepi nasi untuk Anda. Nasi ayam Arab mandy adalah makanan yang mempunyai rasa yang lazat dan disukai oleh ramai orang. Makanan ini biasanya Hidangkan untuk makan tengahari atau makan malam. Ini adalah salah satu nasi Arab paling lazat dan paling mudah membuatnya. Kami akan menggunakan periuk noxxa ini untuk membuat nasi arab ayam mandy. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi nasi arab ayam mandy noxxa simple dan sedap untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Nasi Arab Ayam Mandy Noxxa Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Periuk Noxxa Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

  • 4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
  • 3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
  • 4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam.
  • Ambil air masak nasi.
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (semua ini dimesin halus)
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
  • Sedikit kunyit/ pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Untuk Ayam

  • 1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
  • Garam
  • Sedikit warna kuning/saffron

Bahan-Bahan Untuk Sos

  • 1 biji tomato -hiris
  • 5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
  • 1 tangkai ketumbar
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon

Cara-Cara

Cara-cara Penyediaan Nasi

  1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis.
  2. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit.
  3. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
  4. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
  5. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi.
  6. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.

Cara-Cara Penyediaan Ayam:

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah.
  2. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.

Cara-Cara Penyediaan Sos

  1. Semua bahan untuk sos ini dimesin halus

Nasi ayam Arab mandy noxxa bersedia untuk berkhidmat. Selain daripada mempunyai kelazatan, nasi arab ayam mandy noxxa juga mudah untuk membuatnya. Hidangkan nasi Arab ayam mandy noxxa untuk makan tengahari atau makan malam bersama keluarga. Sila cuba resepi nasi arab ayam mandy noxxa ni di rumah, dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Simple dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Incoming search terms:

Leave a Reply