Resepi Nasi Arab Ayam Panggang Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. I hope all of you in helathy always. Untuk menghabiskan rempah nasi arab kali ni saye nak kongsikan resepi nasi arab ayam panggang. Selain tu kerana permintaan my hubby an son untuk masak ni lagi. So saye buat and berkongsi jugak untuk teman peminat nasi arab ayam panggang ni. Oke daripada bercakap takda arti saye langsung sahaja kongsikan resepi nya.

Resepi Nasi Arab Ayam Panggang Mudah dan Sedap

Resepi Untuk Nasi Arab Ayam Panggang

Resepi Untuk Sup Ayam

Bahan-bahannya :

  • 1 biji Tomato – dipotong 4
  • 1 biji Bawang Besar Kuning – dipotong 4
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 1 helai Daun Bay @ Bay Leaf
  • 11/2 btg Kulit Kayu Manis
  • 3 biji Cengkih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk Lada Hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 61/2 cawan Air – Untuk Direbus bersama Ayam ( Nota: sukatan air ikut berapa cawan beras digunakan. Contoh 1 cawan Beras Pertama – Airnya 2 cawan. Dan untuk cawan Beras kedua & seterusnya sukat 1 1/2 cawan air untuk setiap cawan beras seterusnya. Jadi kira ya.)

Cara-cara :

  1. Masukkan Air yg disukat dan rebus sehingga mendidih dlm periuk.
  2. Bila Air mendidih masukkan Ayam, Bawang besar, Tomato, Daun Bay & Rempah-rempah tadi. Kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 30 minit. ( Nota: Jangan masak terlalu lama, Ayam akan mudah bercerai)
  3. Keluarkan Ayam dan susun dalam bekas untuk dibakar.
  4. Buang rempah2 lepas termasuk daun bay dari sup. Sup akan digunakan utk masak Nasi Arab.
  5. Persiap untuk panggang Ayam dan masak Nasi Arabnya.

Baca Juga : Resepi Nasi Arab Kabsah Sedap Istimewa dan Mudah

Resepi Untuk Ayam Panggang

Bahan-bahannya :

  • Ayam yang telah direbus
  • 1 sudu besar serbuk Safron ( pilihan)
  • 1 sudu besar Pewarna Merah
  • Garam – ikut rasa
  • 3 sudu besar Minyak Masak@ Olive Oil

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada kegunaan grill api atas kepanasan 200C.
  2. Satukan bahan-bahan diatas dan sapu rata diatas ayam tadi. Bakar selama 20-30 minit.
  3. Dibalik-balikkan setiap 10 minit. Bila dah tiba masa yg ditetapkan. Keluarkan dari oven.
  4. Siap utk dimakan.

Baca Juga : Resepi Nasi Dagang Mudah dan Sedap Wajib Cuba

Resepi Untuk Nasi Arab

Tips

Sukatan air hendaklah ikut berapa cawan beras digunakan. Contoh 1 cawan Beras Pertama – Airnya 2 cawan. Dan untuk cawan Beras kedua & seterusnya sukat 1 1/2 cawan air untuk setiap cawan beras seterusnya. Jadi kira ya.)

Bahan-bahannya :

  • 5 cawan Beras Basmati -( Nota: pastikan ikut sukatan air, kalau air sup terkurang tambah dgn air panas.)
  • 61/2 cawan Air Sup Ayam – (Nota: ikut sukatan Beras)
  • 1 biji Bawang Besar Kuning – hiris halus
  • 2 biji Cili Hijau – dipotong 4
  • 2 biji Buah Pelaga
  • 1 helai Daun Bay
  • 1 1/2 btg Kulit Kayu Manis
  • 2 biji Cengkih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk Lada Hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk Jintan Putih
  • 1/2 mangkuk kecil Minyak Untuk Menumis atau ikut suka sukatannya
  • Periuk untuk masak nasi @ rice cooker
  • 1 sudu besar Koma-Koma @ Saffron – direndam dengan 1 sudu besar Air Panas.

Cara-cara :

  1. Panaskan periuk dan bila panas masukkan Minyak. Tumis bawang besar, cili hijau, daun bay dan rempah2 sehingga naik bau.
  2. Masukkan air sup kedalam periuk itu dan garam. Bila dah didih masukkan beras. Masak seperti biasa.
  3. Bila nasi 3/4 masak titiskan air safron tadi secara bentuk X.
  4. Biarkan seketika bila nasi dah masak. Dikacau rata. Boleh letak Pewarna kuning utk tambahan.
  5. Siap utk dimakan bersama Ayam Panggang.

Baca Juga : Resepi Nasi Arab Periuk Noxxa Simple dan Sedap Wajib Cuba

Resepi Sos Cili Tomato Arab

Bahan-bahannya :

  • 3 biji Tomato Masak Ranum
  • 3 biji Cili Hijau
  • 3 biji Bawang Putih
  • Garam
  • Sedikit Air

Cara-cara :

  1. Kisar bahan2 diatas dan masukkan garam. Siap.

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ala Thai Paling Mudah dan Sedap

Resepi Zabadi @ Jelatah

Bahan-bahannya :

  • Yoghurt biasa @ Yoghurt Mangga
  • Timun – dipotong kecil ikut suka
  • Karot – dipotong kecil
  • Garam – ikut rasa

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan. Rasa dan simpan dlm petisejuk.

Bahan Sampingan :

  • Cili Hijau – potong 2
  • Bawang Besar – belah 4
  • Lemon @Limau Nipis – dipotong kecil ( pilihan)

Oke dah jadi resepi nasi arab ni. Nasi arab ni sangat sedap and pantas dimakan bersama cili hijau yang diratah dan tambahkan curah sos salatha haranya keatas salad dan makan. So teman shud try at home yer. Oke sekian entry resepi nasi arab ayam panggang ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Belacan Mudah dan Paling Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply