Resepi Nasi Arab Kambing Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Apa khabar hari ni? I hope always good. Entry kali ni saye nak kongsikan resepi nasi arab kambing. Resepi ni merupakan resepi yang famous bagi orang Melayu. Kerana sedap nyer ditekak buat nagih and nagih. Oke tanpa banyak cakap langsung sahaj saye kongsikan resepinye. Tengok jom

Resepi Nasi Arab Kambing Mudah dan Sedap

Bahan-bahan

  • Kambing / ayam sekilo
  • Rempah ratus (cengkih, kayu manis, pelaga, lada hitam dan daun basel/salam)
  • Minyak zaitun
  • Bawang besar & bawang putih
  • Beras basmati
  • Pes nasi arab (sila tengok gambar)
  • Tomato 8 biji
  • Oili padi / cili hijau kalau taknak pedas
  • Gula / garam
  • Kuib ayam 1 biji

Sebelum mulai :

  1. Rendam 1 kg Nasi Basmati dengan air
  2. Basuh daging kambing dengan tepung sehingga bersih

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Terengganu Mudah dan Sedap

Cara Masak Kambing

  1. Sediakan periuk ajaib (yang popular tu…hah pakai periuk ni memang ajaib sebab daging korang akan cepat empuk)
  2. Panaskan minyak zaitun (letak sikit jer untuk tumis bawang)
  3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang
  4. Masukkan rempah ratus (2 batang kayu manis,3 biji pelaga, 2 bunga cengkih, daun basel/salam, lada hitam)
  5. Masukkan tomato cincang dan tumis sampai naik bau
  6. Masukkan daging kambing / ayam ikut suka korang lah dan tumis kan sekejap
  7. Masukkan air cukup untuk semua daging dan biar menggelegak sampailah daging empuk. (kalau ayam sekejap je dah masak) Tapi dalam resepi ni saya buat daging kambing..so saya biarkan daging tu direbus selama 1 1/2 jam.
  8. Jangan lupa masukkan 1 kiub ayam dan garam secukup rasa.
  9. Bila dah lama rebus, air akan berkurang..jadi tambahlah dengan air panas untuk sambung rebus sehingga daging empuk ye (boleh tutup api jika daging dah empuk, camne nak tau empuk…cucuk pakai garfu dan boleh dikunyah)

sambil tunggu daging kambing empuk….boleh lah kita mula masak nasi arab

Baca Juga :

Cara Masak Nasi Arab

  1. Sediakan rice cooker
  2. Masukkan 1300 ml air dan masukkan pes nasi arab dan biarkan mendidih
  3. Masukkan beras yang telah ditos dan gaulkan
  4. Ambil secawan air rebusan daging tadi campurkan dalam rice cooker tu (untuk menyedapkan lagi nasi arab korang)
  5. Tunggu sampai nasi sedikit kering dan campurkan pewarna
  6. Lastly boleh masukkan kismis kalau korang suka
  7. Lepas tu siap !!

Cara Buat Kuah or Sos Thalatha

  1. Sediakan blender
  2. Masukkan 4 biji tomato, 1 biji bawang besar dan 5 biji bawang putih yang telah dicincang
    Masukkan daun ketumbar dan cili padi yang dipotong (yang ni saya guna cili padi..baru umphhh)
  3. Sedikit garam dan sedikit gula
    Blend kan sekejap sekejap supaya semua hancur tapi jangan terlalu hancur nanti tak best.
  4. so ala kadar je 🙂 siap dah !

Memang sedap nasi ni. But buat teman yang tinggi kolesterol jangan sering makan nasi ni ye. kerana tak sihat buat kolesterol. Oke sekian resepi nasi arab kambing ni. Semoga berfaedah and Selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Cina Paling Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply