Resepi Nasi Arab Mandy Mudah dan Paling Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Jumpa kembali dengan saye yang sudsi berkongsi resepi bersama teman. Jika teman berpusing pasal ide resepi boleh la visit my blog to found resepi do you want. Oke entry kali ni saye nak kongsikan resepi nasi arab mandy. Resepi nasi arab mandi ni dah famous as a hidangan dalam majlis besar pasal negara. Oleh itu saye kongsikan untuk teman agaknya tak pusing cari resepi ni. Oke langsung sahaja tengok resepi ni jom.

Resepi Nasi Arab Mandy Mudah dan Paling Sedap

Penyediaan Air Rebusan Ayam / Stok ayam untuk nasi

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
  • 2 inci halia – diketuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk zafran atau serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil lada hitam biji
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil cengkih
  • 2 helai daun Bay
  • garam secukup rasa atau 1 ketul kiub ayam
  • air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat :

  1. Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan-bahan diatas. -Kemudian angkat dan toskan ayam.
  2. Tapiskan air rebusan untuk memasak nasi. -Sejukkan terlebih dahulu.
  3. Ayam yang direbus digunakan untuk buat ayam panggang.

Baca Juga : Resepi Nasi Arab Chef Ammar Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan Untuk Masak Nasi:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 4-5 cawan air rebusan / stok ayam (yang disediakan di atas)
  • Garam jika perlu sebab stok/rebusan ayam dah letak garam
  • Sedikit zaffran atau pewarna kuning

Bahan menumis:

  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang merah – dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih- dimayang halus

Cara membuat:

  1. Beras dicuci kemudian ditoskan (dicuci dan direndam selama 20 min).
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan bahan tumis. –
  3. Goreng hingga naik bau / kekuningan.
  4. Pindahkan ke periuk nasi letrik, masukkan bahan tumis, stok ayam dan beras.
  5. Apabila masak masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika.
  6. Kemudian gemburkan nasi guna garpu.

Baca Juga : Resepi Nasi Kunyit Terengganu Simple dan Sedap

HomeMade Rempah Kabsah – Untuk ayam panggang**

Bahan – bahan:

  • 1 sudu makan bunga cengkih
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu makan buah pelaga
  • 1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) atau pelaga putih
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

  1. Goreng tanpa minyak bahan-bahan di atas kecuali serbuk cili dan kunyit sehingga naik bau dan angkat. -Kemudian kisar bahan hingga halus, kemudian tambahkan serbuk kunyit dan serbuk cili.
  2. Simpan rempah didalam bekas kedap udara sehingga hendak digunakan.

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Periuk Noxxa Simple dan Sedap

Ayam Mandy Panggang

Bahan Perapan:

  • 1 sudu teh zaffran atau serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk homemade rempah kabsah (lihat resipi diatas)**
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil garam
  • Aluminium foil utk balut / bungkus

Cara membuat:

  1. Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dengan bahan perapan.
  2. Letakkan atas aluminium foil, balut kemas.
  3. Bakar dalam oven selama 1 jam pd suhu 180C untuk menghasilkan ayam yang lembut.

Baca Juga : Resepi Nasi Kuning Ayam Masak Merah Mudah dan Paling Sedap

Sos Salata :

  • 2 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji cili besar
  • 5 tangkai cili padi
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit garam
  • Jus dari buah lemon

Penyediaan:- Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. -Jangan terlalu hancur

Salad Arab :

  • 2 biji tomato potong dadu
  • 1 batang timun, buang pulur, potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar – potong dadu
  • 2 tangkai cili merah – potong halus
  • 2 tangkai cili hijau – potong halus
  • 5 tangkai cili padi – potong halus
  • Jus dari sebiji lemon
  • 1 sudu minyak zaitun
  • Garam dan gula secukupnya

Penyediaan : Gaulkan semua bahan, perasakan secukupnya. -Sedia di hidang bersama nasi mandy.

Memang pantas la famous masakan ni kerana bisa buat tekak tak mahu stop kunyah-kunyah. Rasa nagih pon tak kunjung hilang. Resepi ne biasa dihidangkan dalam majlis kat perkawinan or etc. Oleh itu buat teman yang stil belajar pasal masak memasak like I shud try at home. Oke sekian entry resepi nasi arab mandy ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Kenduri Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

Leave a Reply