Resepi Nasi Arab Mudah dan Sedap Wajib Cuba

resepinasi.net – Hello.. Apa kabar? Salam sejahtera, semoga rakan dalam keadaan sihat always. Mahu sebuah hidangan istimewa untuk keluarga anda? Nasi Arab jawapannya. Terdapat banyak jenis nasi arab, dan semua mempunyai rasa yang lazat. Nasi Arab sudah amat familiar di Malaysia. Ramai orang suka masakan yang satu ini. Hidangan lauk yang banyak ini membuat nasi arab menjadi hidangan yang spesial. Mungkin ramai orang berfikir jika membuat nasi Arab ni mestilah sukar. Tetapi, sebenarnya membuat nasi arab adalah mudah. My wife membuat sudah biasa membuat nasi arab itu di rumah dan berkhidmat untuk makan bersama keluarga. Kali ini saya akan berkongsi resepi nasi arab mudah dan sedap. Resipi ini adalah isa yang anda cuba di rumah. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-caranya

Resepi Nasi Arab Mudah dan Sedap Wajib Cuba

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Simple dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk Nasi

  • 1/2 sudu makan jintan manis*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2 sudu makan bunga cengkih*
  • 1/2 sudu makan lada hitam*
  • 1 sudu makan biji ketumbar*
  • 1/2 sudu makan buah pelaga*
  • 2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
  • 4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam n air biasa kalau xbuat stok ayam)
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji buah pelaga
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • pewarna kuning & oren (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan air)

Bahan-bahan Untuk Ayam

  • 1 ekor ayam dibelah 2 tanpa putus (saya kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)

Bahan untuk Perap (blend semua bahan)

  • 3 inci halia
  • 2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu makan buah pelaga
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk Salad

  • Buah tomato*
  • Timun*
  • Lobak merah*
  • Bawang*
  • Cili hijau
  • Garam
  • Gula
  • Cuka (1 sudu kecil)
  • Perahan limau nipis
  • 4-5 sudu besar air masak /air tapis

Bahan-bahan untuk Air Asam

  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili padi (xnak pedas kurangkan)
  • 1 biji buah tomato
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit ja belacan (secubit ja)
  • Garam
  • Gula
  • Perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
  • Air masak (air tapis pun boleh)

Cara-Cara

Cara Membuat Nasi Arab

  1. Semua bahan bertanda (*) cuci bersih (guna penapis teh)
  2. Goreng tanpa minyak semua bahan bertanda (*) kemudian blend sehingga kering (sampai hampir jadi serbuk)
  3. Cuci bersih Beras Basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
  4. Panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga n bunga lawang.
  5. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
  6. Bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di bland tadi.gaul sebati. Kemudian masukkan beras.
  7. Masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
  8. Titik-Titikkan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api. (Bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna)

Tips

Boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum. Potong daun dan tabur atas nasi yangg dah siap hidang
Kalau betul2 nasi arab ada tambah arang yg dimasukkan dalam aluminium foil dan letak skit minyak,biar berasap letak atas nasi dan tutup periuk nasi-nak menaikkan aroma

Cara Memasak Ayam

  1. Blend semua bahan perap.
  2. Gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam
  3. Masukkan ayam dalam pemanggang
  4. Panggang sampai masak

Tips

Masa hidang saya potong 2 ayam sekor tu..ambik separuh ja

Cara Membuat Salad

  1. Potong dadu semua bahan bertanda( * )
  2. Cili hijau tumbuk2 kasar (nak hiris ja pun boleh)
  3. Campur bahan dadu dan cili,tambah air,perasakan garam,gula,cuka dan perahan limau nipis/lemon

Cara Membuat Air Asam

  1. Blend semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
  2. Sedia hidang. Yang simple-simple sahaja ya (kalau nasi arab betul banyak lagi rempahnya)

Tips

Kalau suka berkuah boleh tambah dalca sayur (letak terung,carrot,kacang panjang n kacang dal)

Mudah kan cara-cara membuat nasi Arab ni? Kini anda boleh membuat nasi arab ni di rumah anda sendiri, dan anda tidak lagi perlu pergi ke kedai makan untuk menikmati hidangan nasi arab ni. Nasi Arab ni sesuai untuk menu makan tengahari keluraga anda. Sila cuba resepi nasi ayam arab mudah dan sedap ni. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Incoming search terms:

Leave a Reply