Resepi Nasi Ayam Chef Wan Sedap Dan Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga selalu sihat yer.  Siapa tang tak suka nasi ayam? Nasi ayam adalah salah satu kegemaran ramai orang di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis nasi ayam, dan mereka mempunyai rasa yang lazat. Terutamanya jika nasi ayam dimasak oleh Chef terkenal, pasti sangat lazat. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi nasi ayam Chef Wan yang sangat sedap dan mudah. Siapa yang tak tahu Chef Wan? Chef yang sangat famous di Malaysia sememangnya seorang pakar dalam bidang memasak. Nasi ayam Chef Wan mempunyai rasa yang khas, salah satu kegemaran keluarga saya. Jom langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Ayam Chef Wan Sedap Dan Mudah

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Chef Wan Paling Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

Bahan-Bahan Untuk Nasi

  • 1/2 cawan marjerin
  • 2 biji bawang besar – dikupas dan dicincang
  • 2 cm halia muda – dikupas dan dicincang halus-halus
  • 3 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus-halus
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan – disiat-siat dan disimpul
  • 4 cawan beras butir panjang – dicuci dan ditoskan (saya hanya gunakan beras biasa sahaja)
  • 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

Bahan-Bahan Untuk Ayam

  • 1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua – direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.
  • Garam
  • Lada hitam yang baru dikisar (saya gunakan 1 sudu besar)
  • 2 cm halia – dikupas dan ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – dikupas dan ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar marjerin

Bahan-Bahan Untuk Sos Cili

  • 5 – 6 biji cili merah
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 inci halia – diketuk

Cara-Cara

Cara Membuat Nasi

  1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
  2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
  3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak. ( saya juga guna teknik kak ummi, terus tumis dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa hingga nasi kering dalam rice cooker)

Cara Memasak Ayam

  1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.
  2. Letakkan ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
  3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

Cara Membuat Sos Cili

  1. Kisar semua bahan kecuali halia.
  2. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk.
  3. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.

Sedapnya jerrr… Nasi ayam Chef Wan dah sedia di hidang. Hidangan ini adalah sangat sesuai untuk dinner. Sila cuba resepi nasi ayam chef Wan ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Arab Chef Ammar Paling Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

Leave a Reply