Resepi Nasi Ayam Goreng Paling Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua kawan ceria. Semoga kawan semua selalu dilimpahkan banyak rezeki and kesihatan yer. Kali ni saya nak kongsikan resepi favorite ramai keluarga Malaysia iaitu resepi nasi ayam goreng paling sedap adn mudah. Resepi ni merupakan favorite keluarga diantara banyak resepi lain. Selain sedap resepi ni memang mudah. Oke langsung sahaja semak resepi nya.

Resepi Nasi Ayam Goreng Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan Ayam

Bahan Ayam :

  • 1 ekor ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Bahan perap:

  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Kicap manis
  • Madu
  • Minyak bijan

Cara-cara Memasak Ayam

  1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
  2. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
  3. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Baca Juga : Resepi Nasi Daging Merah Ala Thai Simple dan Sedap

Bahan-Bahan Nasi Ayam

  • sedikit mentega
  • 3 cwn beras wangi
  • 3 1/4 air rebusan ayam
  • sedikit serbuk kunyit.(kalau tak suka nasi berwarna kuning..abaikan)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam (bay leave) ( saya x letak)
  • 1/4 cwn Susu full cream
  • Serbuk ayam
  • Garam
  • Gula
  • Rempah penumis – bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Cara-cara

  1. Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.
  2. Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan serta sedikit serbuk kunyit.
  3. Setelah naik bau masukkan 31/4 cwn daripada air rebusan ayam tadi, 1/4 cwn susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Kemudian tuangkan kedalam rice cooker tadi. Masaklah nasi seperti biasa.
  4. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Baca Juga : Resepi Nasi Beriani Ayam Goreng Berempah Simple dan Sedap Istimewa

Sambal Cili

  • 20 bj cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia – saya tambah
  • 1 sudu teh cuka ( saya letak perahan limau kasturi)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam – saya tambah
  • sos cili

Cara-cara

  1. Blend cili merah dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan perahan limau kasturi secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam tadi.
  2. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Sambal Kicap

  1. Air kicap hasil perapan ayam tadi dicampurkan dengan sedikit air rebusan ayam tadi.Kemudian dimasak didalam kuali sehingga mendidih.

Kuah Sup

  • Garam
  • Serbuk ayam
  • Daun bawang – tabur
  • Bawang putih goreng – tabur

Cara-cara

  1. Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk , garam dan serbuk ayam.
  2. Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Hurm sedap terbaik. Untuk nasi saya guna nasi biasa. If resepi diatas guna nasi kuning. But nasi biasa pon dah sangat menyelerakan dihidangkan bersama ayam goreng and sambal kicap nya. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam goreng paling sedap ni. Semoga berfaedah untuk kawan and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Kerabu Ayam Bakar Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply