Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Senang rasa hati bisa berkongsi resepi nasi dengan teman semua. Kali ni saye nak kongsikan resepi nasi ayam hainan. Kenape kerana sedapnyerr. Nasi ni memang famous bagi rakyat Melayu. Oleh itu saye kongsikan dengan teman. Kalau teman berpusing search idea resepi nasi. Teman bisa cuba cari resepi nasi yang teman mahu di sini. Oke langsung sahaj saye kongsikan resepi bahan and cara nye. Tengok Jom.

Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan:

Bahan Untuk Rebus Ayam :

  • 1 ekor ayam
  • Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
  • Garam
  • Serbuk pati ayam ~ kalau suka
  • 2 inci halia ~ diketuk

Cara Penyediaan :

  1. Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam .
  2. Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.
  3. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.
  4. Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut.

Baca Juga : Resepi Nasi Kerabu Daging Bakar Paling Sedap dan Mudah

Bahan Untuk Nasi :

  • 3 cawan beras
  • 5 cawan air rebusan ayam – jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – ditumbuk
  • Garam
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan :

  1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
  3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
  4. Tanak hingga masak.

Bahan Untuk Sup :

  • Air rebusan ayam
  • Daun sup ~ dihiris

Cara Penyediaan :

  1. Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Baca Juga :

Bahan Untuk Sos Cili :

  • 10 biji cili merah
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula
  • Garam
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 1/2 botol sos thai

Cara Penyediaan :

  1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
  2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.

Baca Juga :

Bahan Uuntuk Sos Kicap :

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara Penyediaan :

  1. Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan Sampingan :

  • 1 batang timun ~ dihiris
  • 2 biji buah tomato ~ dihiris
  • Salad ~ dihiris
  • Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
  • Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

mmm Sedap benar resepi ni. Ayam hainan rase empuk sangat. Saye recomenden teman shud try at home. Oke sekian entry resepi nasi ayam hainan ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Cina Paling Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply