Resepi Nasi Ayam Panggang Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman sihat selalu. Siapa disini yang masih berpusing nak masak ap buat besuk or nanti. Jika berkenan tengok blog ni kerana saya nak berkongsi pelbagai macam resepi. Kali ni saya nak kongsikan resepi nasi ayam panggang. Nasi ayam panggang merupakan salah satu kegemaran saya and saya. Awal mula jumpa nasi ayam panggang ni saat birthday. Suami saya masak nasi ayam panggang buat saya. So ni merupakan resepi kenangan. Oleh itu saya nak kongsikan resepi tu di blog ni. Jom semak

Resepi Nasi Ayam Panggang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Nasi Ayam:

  • 2 cawan beras
  • 2 cawan 1/2 air rebusan ayam
  • 1 inci halia (kisar), 1 inci halia (ketuk)
  • 2 biji bawang putih (kisar), 2 biji bawang putih (ketuk)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar mentega
  • Secubit garam
  • Secukup rasa (maggi)
  • 1-2 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Rebuskan ayam bersama halia dan bawang putih yang diketuk dengan air secukupnya sehingga ayam masak. Biarkan seketika.
  2. Kemudian, tumiskan halia dan bawang putih yang dikisar bersama mentega di dalam kuali sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan juga daun pandan serta minyak bijan dan secubit garam.
  3. Selepas itu boleh la basuh beras seperti biasa. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya ke dalam periuk beras. Selepas itu, masukkan bahan tumis tadi dan masak nasi seperti biasa.

Bahan-bahan Perapan Ayam:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan-bahan perapan. Kemudian lumurkan pada ayam sehingga sekata.
  2. Perapkan sehingga 2-3 jam sehingga bahan perap meresap ke seluruh isi-isi ayam.
  3. Selepas itu, boleh la panggang ayam sehingga masak samada menggunakan oven atau pemanggang sehingga ayam masak.

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Chef Wan Sedap dan Mudah

Bahan-bahan Sos Cili Berlada:

  • 3-4 biji lada merah besar (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1/2 biji tomato
  • 2-3 hiris halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan-bahan untuk sos.
  2. Jika ingin tumis boleh juga.

Bahan-bahan Sos Kicap:

  • 6 sudu kicap (atau secukupnya)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Masakkan air rebusan ayam ke dalam periuk dengan api yang sederhana kecil.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dan kacau sekata.

Baca Juga : Resepi Kuah Nasi Dagang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Sup

  • Garam, serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit daun bawang dan daun sup secukupnya
  • Sedikit awang goreng

Cara-cara:

  1. Lebihan air rebusan ayam dimasukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  2. Semasa menghidang taburkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng dalam sup.

Bahan-bahan Ulam:

  • Daun salad secukupnya
  • Timun batang secukupnya
  • 1 biji tomata

Cara-cara:

  1. Bersihkan ulaman dengan bersih. Kemudian hiriskan timun serta tomato secara membulat.

Hidangan:

  1. Gabungkan nasi, ayam bersama sos cili/berlada, sos kicap dan sup bersama-sama hirisan tomato, timun serta salad.
  2. Jangan lupa sup yang taburkan dengan bawang goreng serta daun sup dan daun bawang.

Huurrrmmm So lazaaat membangkitkan selera makan. Nasi ayam ni elok untuk hidangan lunch or makan petang. Elok pulak teman bawakan dalam lunch box anak. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam panggang ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Kuning Terengganu Paling Sedap

Leave a Reply