Resepi Nasi Ayam Saffron Paling Sedap Wajib Cuba

resepinasi.net – Hello kawan-kawan apa khabar semua? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Anda sudah mendengar tentang nasi ayam saffron? Jika tidak, anda sama seperti saya. Sebelum saya membuat posting ini, belum pernah saya rasa coba nasi ayam saffron ni. Kawan saya kata, nasi ayam saffron merupakan salah satu nasi ayam yang mempunyai kelazatan. Sudah tentu, ini membuatkan saya menjadi ingin tahu dan ingin mencuba hidangan ini. Saya akhirnya menemui resepi nasi ayam saffron dari internet dan saya dengan segera mecobanya. Ternyata, masakan ni memang benar-benar sedap. Jika anda ingin mencuba hidangan ini di rumah, saya akan berkongsi resepi ni untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Ayam Saffron Paling Sedap Wajib Cuba

Baca Juga : Resepi Kuah Nasi Dagang Paling Sedap

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi – cuci dan toskan airnya
  • 1 sudu makan saffron – rendam dengan 1 cawan air panas
  • 3cm halia – hiris halus
  • 3 biji bawang putih – hiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 sudu makan Stok Ayam Pekat Maggie
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 cawan marjerin
  • 500ml air

Cara Membuat

  1. Didihkan air dalam periuk pengukus. Sementara menunggu air kukusan mendidih, bolehlah masak beras untuk dipindahkan ke dalam periuk kukusan.
  2. Cairkan marjerin di dalam kuali. Tumis halia, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
  3. Masukkan beras dan kacar rata.
  4. Masukkan Stok Ayam Pekat Maggie, saffron bersama air rendamannya, serta minyak bijan dan gaul rata.
  5. Masukkan air dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan air mengering.
  6. Pindahkan beras yang kembang dan mengering tadi ke dalam periuk pengukus.
  7. Kukus selama 15 hingga 20 minit atau sehingga nasi masak.

Nasi ayam saffron sudah bersedia di hidangankan. Anda boleh Tambah ayam madu panggang sebagai hidangan sampingan untuk nasi ayam saffron ni. Hidangkan untuk makan tengahari atau makan malam dengan kawan-kawan atau keluarga. Sila cuba resepi nasi ayam saffron ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Arab Periuk Noxxa Simple dan Sedap Wajib Cuba

Incoming search terms:

Leave a Reply