Resepi Nasi Beriani Ayam Masak Merah Simple

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman sihat senang hati. Kali ni saye yang suka berkongsi resepi dengan teman pasal resepi nasi nak share resepi nasi beriani. Meskipon nasi beriani banyak macam and saat yang lalu dah pernah post resepi nasi beriani. Saye still share resepi nasi beriani ayam masak merah. Kerana memang ramai penggemar ayam masak merah. Ramai penggemar pon kerana ayam masak merah tu lembut and lazat. Elok sangat jika dihidangkan dengan nasi beriani. So buat teman yang belum tahu cara buat nya saya kongsikan resepi tu kat bawah ni. Oke langsung tengok ja resepi tu.

Resepi Nasi Beriani Ayam Masak Merah

Bahan-bahan Nasi Beriani

  • 3 cawan beras basmathi- cuci & rendam 1/2 jam( tujuannya supaya nasi kembang cantik & ringan)
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • sikit garam & gula
  • 2 sudu teh pewarna kuning telur (jika guna safron lagi baik)
  • 1 kiub ayam (jika suka )

Bahan Tumis:

  • 2 helai pandan-potong-potong
  • 2 bunga lawang
  • 5 bunga cengkih
  • 5 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 1 ketul halia- mayang halus
  • 1 bawang besar-cincang
  • 1/2 cawan minyak sapi/margerine/butter/minyak jagung( pilih salah satu)

Cara-cara :

  1. Cuci & rendam beras basmathi selama 1/2 jam..
  2. Panaskan ricecooker & masukkan minyak sapi/margerine/butter/minyak jagung (pilih salah satu) & tumiskan bahan tumis hingga berbau harum & sedikit garing.Masukkan 4 cawan,garam & sikit gula hingga mendidih…( jika suka masukkan 1 kiub ayam)
  3. Biar hingga mendidih & masukkan susu cair.
  4. Masukkan beras yang sudah direndam..( rasa airnya untuk mengetahui cukup perisa)
  5. Kacau rata tutup ricecooker & biarkan hingga mendidih & kering..
  6. Setelah nasi kering…titiskan pewarna kuning bertompok-tompok & biarkan…
  7. Biar hingga nasi masak sepenuhnya….
  8. Setelah nasi masak…gunakan garfu atau chopstick untuk menggemburkan nasi….

Tips :

  1. Saat titiskan pewarna jangan dikacau bertujuan supaya dapat warna nasi yang bercampur antara kuning pekat..kuning & putih
  2. Gembur dengan manja dan berhati-hati supaya nasi kekal cantik dan tidak patah. Sendukkan dengan lembut supaya nasi kekal cantik

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Goreng Kuyit Simple dan Sedap

Bahan-bahan Ayam Masak Merah :

  • 1/2 ekor ayam-potong & gaul garam kunyit
  • 6 biji kentang – rebus tanpa buang kulit
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 botol kecik sos tomato
  • sikit garam & gula
  • 2 helai daun pandan
  • Minyak

Bahan Blend :

  • 6 cili merah
  • 1 bawang besar
  • 5 bawang putih
  • 1 ketul kunyit
  • 3 hiris lengkuas
  • 1 batang serai

Cara-cara :

  1. Rebus kentang & kupas kulitnya.Goreng sebiji sebiji dalam minyak hingga garing.angkat.
  2. Goreng pula ayam hingga masak.Tak perlu garing
  3. Dalam minyak yang sama tumis daun pandan yang dipotong-potong.
  4. Masukkan bahan blend & biar hingga garing & naik minyak.
  5. Masukkan sos tomato,garam & gula.
  6. Masukkan ayam goreng,kentang goreng & taburkan daun sup.
  7. Dah siap Ayam Masak Merah….

hmmm Siap masak tuk lunch or bekal keje and kaka berangkat kolej besok. Resepi ni sangat elok di hidangkan dengan acar buah or puding as a penutup makan. Oke la sekian resepi nasi beriani ayam masak merah ni. Semoga teman dapat faedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Lemak Kuning Paling Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

Leave a Reply