Resepi Nasi Beriani Ayam Mudah dan Paling Sedap

resepinasi.net – Assalamualaikum, Salam sejahtera, semoga rakan dalam keadaan sihat always. Siapa yang tidak tahu nasi beriani ayam? Menu ni sudah sangat terkenal dan juga disukai oleh ramai orang. Nasi beriani ayam ini sangat digemari keluarga saya. Hampir setiap bulan isteri saya masak nasi beriani ayam ni untuk makan tengahari atau makan malam bersama keluarga. Di samping itu, nasi beriani ayam ini juga sesuai untuk hidangan berbuka puasa. Berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan dengan nasi beriani ayam benar-benar lazat. OK, kali ini saya akan berkongsi resepi nasi beriani ayam yang paling sedap kegemaran keluraga saya. Jom kita lihat resepinya di bawah ni

Resepi Nasi Beriani Ayam Mudah dan Paling Sedap

Baca juga : Resepi Nasi Arab Mudah dan Sedap Wajib Cuba

Bahan-Bahan Untuk Ayam Beriani

Bahan-bahannya:

  • 1.8 kg isi ayam
  • 1/2 cawan yoghurt
  • 7 sudu besar minyak sapi
  • 5 biji buah tomato saiz sederhana – dicincang
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 100gm daun pudina – dicincang
  • Daun ketumbar
  • Serbuk perasa
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Garam secukup rasa

Bahan blend dengan 1/2 cawan air:

  • 4 cm halia
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah
  • 9 tangkai cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar bawang merah

Bahan tumis:

  • 2 batang kayu kulit manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji bawang besar – dimayang

Bahan-Bahan untuk Nasi Beriani

Bahan-bahanya

  • 6 cawan beras basmathi
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 100gm daun pudina – dicincang
  • 100gm daun ketumbar – dicincang
  • 100gm gajus 100gm kismis
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1 sudu besar serbuk rempah beriani cap Babas, dibancuh dengan sedikit air
  • 6 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 2 kiub stok ayam
  • 1 tin kacang peas

Bahan Tumis:

  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu kulit manis
  • 4 biji buah pelaga

Cara-Cara

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali besar.
  2. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik wangi dan bawang bertukar kekuningan.
  3. Masukkan bahan yang telah diblend, tomato, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, yoghurt, stok ayam dan 1/2 cawan air.
  4. Kacau rata biar sampai pekat dan naik minyak.
  5. Masukkan daun pudina, dan kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan ayam dan tambahkan sedikit air lagi.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Masak sehingga ayam empuk dan kuah kembali pekat.
  9. Tutup api, taburkan daun ketumbar dan kaup balikkan ayam. Ketepikan.

Cara Penyediaannya:

  1. Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja. Kekerapan membasuh akan menyebabkan nasi kembang dan pecah. Selepas dibasuh, rendam 1/2 jam di dalam air biasa. Boleh juga rendam beras 5 – 7 minit di dalam air panas dan toskan segera akan membawa hasil nasi yang berderai cantik. Tos menggunakan penapis
  2. Panaskan periuk nasi elektrik di atas dapur gas dan panaskan minyak sapi. Masukkan bahan tumis, biji gajus dan kismis, diikuti dengan bancuhan rempah beriani. Adunkan semua rempah ini dan jangan sampai rempah hangus.
  3. Apabila tumisan telah mengeluarkan bau haruman dan pecah minyak, segera masukkan air yang telah disukat, diikuti dengan yogurt, daun pudina, dan daun ketumbar.
  4. Masukkan kiub stok ayam, gula, dan garam secukup rasa. Tutup tudung periuk dan tunggu sehingga air mendidih.
  5. Letak periuk elektrik kembali ke dalam bekasnya. Masukkan beras yang telah ditos ke dalam periuk, kacau, dan masak dengan elektrik sampai nasi masak.
  6. Kacau nasi sehingga rata. Di dalam periuk yang lain, ambil 2 – 3 senduk nasi dan ratakan di dalamnya. Ambil ayam beriani dan letak atas nasi satu persatu.
  7. Curahkah sedikit kuah di atas nasi. Taburkan dengan kacang peas. Buat lapis macam ini sampai habis nasi dan ayam.
  8. Tutup periuk dan panaskan di atas dapur kembali dengan api yang perlahan lebih kurang 15 minit. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan selama sejam, baru dihidangkan.
  9. Semasa menghidang bolehlah ditaburkan lagi kacang peas dan buah gajus.

Pasti sedap lah nasi beriani ayam ni. Ini adalah menu kegemaran keluarga saya. Di samping sesuai untuk menu Iftar, nasi beriani ayam juga boleh menjadikan sebagai hidangan pada hari raya. Sila cuba resipi nasi beriani ayam mudah dan paling lazat ni. Jangan berhenti mencuba jika masih belum berjaya. Hidangkan nasi beriani ayam ni untuk makan bersama keluarga anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Simple dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Incoming search terms:

Leave a Reply