Resepi Nasi Beriani Perencah Maggi Simple dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua kawan terbaik. Maaf sikik lambat saya update blog ni. Hara malum kerana kesibukan ibu suri yang baik ni. Kali ni saya nak update kongsi resepi nasi beriani perencah maggi yang sedap terbaik tu. Resepi nasi beriani ni actually dah sedap tanpa pelengkap hidangan seperti ayam panggang beriani or daging beriani. But untuk kawan yang gemar ayam saya nak kongsikan pulak resepi ayam panggang beriani. Resepi ni saya kongsikan untuk teman yang gemar nasi beriani and ayam panggang. So yang nak buat sila tengok resepi bawah yer.

Resepi Nasi Beriani Perencah Maggi

Nasi Bariani Perencah Maggi

Bahan-bahan :

  • 5 pot beras basmati ( cuci bersih dan rendam ~20min)
  • 5 pot air rebusan ayam (boleh guna air biasa jer)
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • Rempah tumis 4 beradik (Bunga lawang, b.cengkih,pelaga,kulit kayu manis)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 1 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega

Cara-cara Penyediaan :

  1. Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
  3. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut. Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  4. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  5. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkitkan aroma nasi beriani ni.
  6. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasan

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Paling Sedap dan Mudah

Ayam Panggang Beriani

Bahan-bahan :

  • 28 ketul ayam (di kelar)
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar pes bawang putih
  • 2 sudu besar pes halia
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar lada putih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk kicap pekat (kakros guna kicap manis cap kipas udang)
  • 1 senduk jus lemon
  • 2 sudu besar madu
  • 4 sudu makan gula perang (kakros tak letak)
  • 1 kiub ayam

Cara-cara Penyediakan :

  1. Ayam di bersihkan dan di kelar.
    Kisar bawang dan semua rempah di atas dan gaul sebati ayam dengan semua bahan di atas.
  2. Perap ayam semalaman di dalam tupperware bertutup dalam peti ais, lagi lama perap lagi
    sedap ye.
  3. Kalau nak perap 5-6 jam pun boleh juga kata Pn Munira mengikut tahap kesabaran masing-masing.
  4. Nak membakar di atas pemanggang atau susun jer ayam dalam loyang berlapik aluminium
    dan bakar ayam dalam oven selama 1 jam suhu 165 darjah atau sehingga masak (ikut suhu kepanasan oven masing-masing) jangan lupa terbalikkan 1/2 jam pertama.
  5. Kalau nak pastikan ayam dah masak sempurna bolehlah cucukkan dengan garfu atau hujung mata pisau, kalau jus yang keluar jernih dah masak lah ayam tu.

Hurmm nasi beriani dihidangkan bersama ayam panggang memang sedap terbaik. Kawan boleh cuba and share resepi ni. Kerana resepi ni saya peroleh pulak dari kawan saya yang baik hati. Oke sekian kongsi resepi nasi beriani perencah maggi sedap terbaik ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Carrot Hanieliza Simple dan Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply