Resepi Nasi Beriani Spesial Pagi Raya Paling Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua. Sudah berhampiran hari raya itu. bersedialah untuk memaafkan kesilapan orang lain, rakan-rakan keluarga dan ibu bapa. Saye juga maaf jika banyak kata-kata yang salah dalam entri artikel. Kali ni saye nak berkongsi resepi nasi beriani spesial pagi raya. Kerana memang spesial pagi raya tu and adalah hari kemenangan lepas sebulan berpuasa. Oke lah tanpa banyak cakap langsung sahaja saya kongsikan resepi yer.

Resepi Nasi Beriani Spesial Pagi Raya Paling Sedap dan Mudah

Nasi Briyani

Bahan-Bahan

  • 5 gelas beras Basmati (aku guna beras biasa jer)
  • 5 gelas air (guna gelas yang sama utk sukat beras)
  • 10gm rempah briyani
  • 3 biji bawang besar – dimayang kasar
  • 10 cm halia – dikisar halus
  • 4cm kulit kayu manis
  • 5 helai daun pandan – disimpul
  • 5 sudu makan minyak
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu makan garam
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit air mawar

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak minyak dan minyak sapi. Tumiskan bawang, halia dan kulit kayu manis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah briyani yang dibancuhngan sedikit air. Biar hingga naik bau
  3. Masukkan air, daun pandan dan garam. Tutup periuk supaya air cepat mendidih.
  4. Bila air dah mendidih, tapis semua bahan didalam periuk tadi. Bila dah tapis, didihkan kembali air tadi dan masukkan beras.
  5. Bila air sudah kering, masukkan susu cair dan kacau rata. Tutupkan periuk tadi.
  6. Kemudian masukkan pewarna kuning dan tutup periuk seketika.Selepas itu bolehlah direnjis ngan air mawar.
  7. Tutup rapat tudung periuk, perlahankan api biarkan nasi masak. Selepas itu bolehlah dihidangakan.

Baca Juga : Resepi Nasi Kerabu Spesial Raya Aidilfitri

Acar Rampai Hanieliza

Bahan-Bahan

  • 1 batang timun
  • 1 batang carrot
  • 2 labu bawang besar
  • 3 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 1/2 cawan cuka tiruan
  • 1 s/b gula
  • 1 s/b biji sawi
  • garam
  • kunyit
  • 1 s/k kapur [dibancuh ngan 1 liter air]

Bahan tumis

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • minyak

Cara-caranya

  1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang.
  2. Rendamkan dlam air kapur [supaya rangup].
  3. Toskan sayuran supaya kering
  4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan biji sawi sehingga layu.
  5. Masukkan cuka tiruan, garam, serbuk kunyit dan gula.
  6. Bila mendideh masukkan sayuran dan kacau rata.
  7. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan.

Baca Juga : Resepi Nasi Daging Spesial Raya Aidilfitri

Dalca

Bahan-Bahannya

  • 1 kg daging lembu/kambing atau rusuk (aku guna ayam jer)
  • 200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar

  • 3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1½ inci halia
  • (Gaul bersama dgn 6 sudu makan rempah kari daging)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
  • 3 biji tomato (dibelah 2)
  • 200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)
  • 1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
  • 2 biji terung ungu yg kecil (bulat) -dipotong ikut suka
  • 1 biji mangga muda (dipotong 4 bahagian)
  • 3 batang lada hijau
  • 3 senduk minyak masak

Rempah Campak

  • 4-5 tangkai daun kari
  • 5 biji bunga cengkih,
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 inci kayu manis
  • 1 biji bawang besar (dihiris )
  • 1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)
  • sedikit air asam jawa
  • 200 ml santan kotak
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.
  2. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, mangga muda, kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar.
  3. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). Kacau rata-rata dan biarkan mendidih.
  4. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Spesial Hari Raya Aidilfitri

Ayam Masak Briyani

Bahan-Bahan

  • 90gm rempah briyani (aku guna brand adabi)
  • 1 ekor ayam
  • 5 cawan air
  • 5 sudu makan minyak
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • garam secukupnya

Bahan A (Dikisar Halus)

  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 6cm halia
  • 5 biji cili hijau

Bahan B (dimayang)

  • 4 tangkai daun sup
  • 4 tangkai daun bawang
  • 4 tangaki daun ketumbar
  • secekak daun pudina
  • 2 biji bawang besar

Bahan C

  • 1/2 tin susu cair
  • 3 sudu makan tomato puri
  • 3 sudu makan minyak bekas goreng ayam
  • 3 sudu makan madu

Cara-Cara

  1. Ayam digoreng sehingga 3/4 masak
  2. Bancuh rempah briyani dengan bahan A dengan menggunakan sedikit air.
  3. Panaskan minyak dan minyak sapi, Tumis bancuhan rempah sehingga naik bau. Masukkan 5 cawan air. Biarkan rempah menjadi pekat.
  4. Masukkan semua bahan C dan perlahankan api. Biar kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan bahan-bahan B. Bila kuah sudah pekat, perasakan dengan garam dan gula dan masukkan ayam yang telah digoreng. Kaupbalik sehingga sekata.

mmm so delicious. Nasi beriani ni memang menjadi kegemaran ramai orang melayu kerana memang sedap. Pantas lah temqan hidangkan saat pagi raya. Oke sekian entry resepi nasi beriani spesial pagi raya ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : 5 Resepi Nasi Spesial Untuk Hidangan Hari Raya

Leave a Reply