Resepi Nasi Carrot Hanieliza Simple dan Sedap

 

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua kawan positif. Jumpa kembali dengan saya utk berkongsi pelbagai resepi. Kali ni saya nak kongsikan resepi dari chef famous iaitu chef hanieliza. Siapa yang tak kenal chef satu ni. Banyak karya resepi yang telah dibuat and diantaranya resepi nasi carrot hanieliza yang sedap melengenda ni. Untuk kawan penggemar and nak cuba buat resepi ni boleh semak resepi dibawah ni. Jom semak

Resepi Nasi Carrot Hanieliza Simple dan Sedap

Bahan-bahan Nasi Carrot Hanieliza

Sumber:Chef Hanieliza

  • 6 caw beras bathmati….basuh dan toskan
  • 2 caw carrot [potong dadu kecil]
  • 1/2 caw susu cair
  • 8 caw air
  • 1 kiub ayam knorr
  • 1 s/k gula
  • garam

Baca Juga : Resepi Nasi Beriani Ayam Goreng Berempah Simple dan Sedap Istimewa

Bahan-bahan Tumis

  • 2 s/b rempah kurma
  • 5 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih mayang halus atau tumbuk kasar
  • 2 cm halia
  • 3 s/b minyak sapi
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bungka lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar…..mayang
  • daun pandan……..simpulkan

Cara-cara Memasak

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
  2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
  3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
  4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
  5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
  6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Saffron Paling Sedap Wajib Cuba

Bahan-bahan utk Ayam Bakar

  • 1 ekor ayam [potong 4]
  • 1 s/b lada hitam tumbuk/mesin
  • 3 s/b sos BBQ Knorr
  • 1 s/b sos tiram

Cara-cara Memasak

  1. Bersihkan dan kelarkan ayam.
  2. Perapkan ayam beberapa jam.
  3. Bakar ayam dalam oven 200’C selama 1 jam.
  4. Hidangkan ayam dgn sos lada hitam.

Baca Juga : Resepi Nasi Lemak Noxxa Simple dan Sedap

Bahan-bahan utk Salad Sayur

  • 1 biji tomato
  • 1 batang timun
  • sedikit kobis manis
  • mayonis
  • cili sos

Cara-cara Memasak

  1. Semua sayuran dipotong dadu.
  2. Gaulkan mayonis dan sos cili.
  3. Gaulkan sayuran dan mayonis.
  4. Hidangkan.

Hurm Sedapnyer. Resepi ni membangkitkan selera ni sangat elok kawan hidangkan saat makan petang or utk hidangan dalam majlis-majlis at home. Selain tu utk penyajiannya sangat ringkas. Utk teman yang nak cuba boleh kongsi pengalaman at komentar yer. Oke sekian kongsi resepi nasi carrot hanieliza yang sedap and mudah dari chef hanielza ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Johor Sedap Istimewa Wajib Cuba

Incoming search terms:

Leave a Reply