Resepi Nasi Dagang Mudah dan Sedap Wajib Cuba

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua. Apa Khabar today? I hope you healthy always. Siapa yang tidak suka nasi dagang dengan gulai ikan tongkol? Ini adalah salah satu makanan yang paling lazat di malaysia. Banyak gerai menjual nasi dagang rasa yang sedap, tetapi sebenarnya anda boleh membuat sendiri nasi dagang ni di rumah. Mungkin anda akan berfikir jika membuat nasi dagang yang sedap pastilah sukar. Sebenarnya untuk membuat nasi dagang sedap tidak perlu dilakukan dengan cara yang sukar. Jika anda ingin membuat nasi dagang dengan cara yang mudah dan mempunyai rasa yang sedap, anda berada di right blog. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi nasi dagang mudah dan sedap untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Dagang Mudah dan Sedap Wajib Cuba

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah dan Sedap

Nasi Dagang Mudah

Bahan-Bahan

  • 4 cawan beras nasi dagang
  • 1 tin (400ml) santan pekat
  • 4-5 ulas bawang merah – dimayang
  • 1 cm halia – hiris macam bilah mancis
  • 1 sudu kecil halba
  • garam
  • gula

Cara Memasak Nasi Dagang Mudah

  1. Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam. Saya rendam semalaman.
  2. Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair.3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
  3. Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur.
  4. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
  5. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
  6. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
  7. Bila dah siap bolehlah dihidangkan

Gulai Ikan Tongkol

Bahan-Bahan

  • 2 keping ikan tongkol
  • 1 paket kecil rempah ikan – disaran cap Bunga Rose
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 cawan santan
  • 5 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat Gulai Ikan Tongkol

  1. Ikan tongkol direbus bersama asam keping dan garam. Rebus sehingga kering airnya dan ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi.
  3. Kemudian masukkan rempah kari ikan cap Bunga Ros dan cili boh. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan santan serta air asam jawa.
  4. Kacau sehingga mendidih, kemudian baru masukkan ikan tongkol, garam serta gula secukupnya.
  5. Kecilkan api dan biarkan hingga masak.

Acar Timun

Bahan-Bahan:

  • 100 gm timun
  • 100 gm lobak merah
  • 100 gm cili merah dan cili hijau
  • 50 gm bawang besar
  • 60 ml cuka
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa

Cara Membuat Acar timun

  1. Timun dipotong 2 inci dan buang biji di tengahnya. Mayang halus seperti batang mancis.
  2. Lobak merah, cili merah serta cili hijau dihiris seperti timun juga.
  3. Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.
  4. Rendamkan bahan hirisan tersebut ke dalam air kapur selama 30 minit. Kemudian cuci bersih dan toskan. Biarkan sehingga ia kering.
  5. Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga sebati.
  6. Kemudian hidangkan bersama nasi.

Nasi dagang yang paling sedap yang dah sedia di hidang. Isteri saya membuat nasi dagang ni di rumah untuk makan tengahari atau makan malam bersama keluarga. Rasa nasi dagang isteri saya juga tak kalah sedap dengan yang dijual di gerai makan. Sila cuba resepi nasi dagang mudah dan sedap ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi KFC Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply