Resepi Nasi Dagang Tanak & Gulai Ikan Tongkol Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Hello… Berjumpa lagi dengan saya yang senantiasa setia berkongsi segala macam resipi nasi Malaysia. Bagaimana khabar rakan-rakan? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi nasi dagang tanak dengan gulai ikan tongkol yang sedap dan mudah. Saya memang peminat nasi dagang, ini adalah satu hidangan yang lazat. Saya dan seisi keluarga juga suka dengan nasi dagang. Setiap minggu kita membeli nasi dagang di gerai-gerai makanan. Jika tiada gerai makanan buka, tidak tahu ke mana. Saya telah mencari di internet, Akhirnya saya jumpa dengan resipi spesial ni. Resipi ini saya dapat dari blog Makcik Manggis, terima kasih blog telah berkongsi resipi ini. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Dagang Tanak Dengan Gulai Ikan Tongkol Sedap dan Mudah

Baca Juga : Resepi Nasi Arab Chef Ammar Paling Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

Bahan Untuk Nasi Dagang Tanak

  • 2 pot( saiz -160 ml) beras pulut.
  • 4 pot beras biasa(pot yang sama)
  • 3 ulas bawang merah-potong nipis
  • 1 tbsp halba
  • garam secukup rasa
  • 2 inci halia-mayang halus
  • 1 mangkuk pati santan campur air jadikan 4 mangkuk (4 mangkuk = 5 cawan)

Bahan Untuk Gulai Ikan Tongkol

  • 4 keping ikan tongkol
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 4 tangkai cili kering
  • 1 biji timun – potong ikut selera masing-masing
  • 6 biji cili api
  • 1 inci lengkuas
  • 1 keping asam gelugur
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 biji telur rebus.
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
  • minyak untuk menumis

Cara-Cara

Cara Membuat Nasi Dagang Tanak

  1. Satukan beras pulut dan beras biasa dalam satu bekas.Cuci bersih dan rendam selama 2 jam.Toskan airnya.
  2. Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk nasi letrik dan masak seperti memasak nasi putih biasa.

Cara Membuat Gulai Ikan Tongkol

  1. Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
  2. Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik baunya.
  4. Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat.
  5. Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam dan gula+asam keping.
  6. Biarkan mendidih hingga ikan masak baru taburkan cili api.
  7. Last sekali letakkan 5 biji telur rebu, masak sekejap dan padamkan api.Siap:)

Nasi dagang tanak dengan gulai ikan tongkol dah siap di hidang. Hidangan ini sangat sesuai untuk makan tengahari atau makan malam bersama keluarga. Sila cuba resepi nasi dagang tanak dengan gulai ikan tongkol ini di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Sheila Rusly Mudah dan Sedap

Leave a Reply