Resepi Nasi Dagang Terengganu Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Sikik stroy about me. Saye memang tak pandai benar memasak resepi but saye always try resepi baru kerana saye gemar memasak. So buat teman yang tak pandai like me gagahkan diri buat cuba resepi disini. Entry kali ni saye nak kongsikan resepi nasi dagang terengganu. Nasi ni mengandungi nasi kukus, gulai ikan tongkol and acar timun. Nasi ni memang famous di Melayu like Negeri Pantai Timur Terengganu. Nasi ni famous kerana memang sedap nyerr ditekak. Oleh itu saye kongsikan resepi nasi ni buat teman semua. Oke langsung tengok sahaja bahan dan cara-cara nye.

Resepi Nasi Dagang Terengganu Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan Nasi (4-5 orang)

  • 1/2 cawan beras pulut
  • 2 cawan beras wangi
  • 1 sudu makan halba
  • 3 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 1 sudu makan gula
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara-Cara Menyediakan Nasi

  1. Pertama sekali, beras pulut dan beras biasa disatukan dan dibasuh. Rendam untuk beberapa jam.
  2. Panaskan kukusan dan kukus beras sehingga naik wap (lebih kurang 30 minit).
  3. Keluarkan beras dan masukkan ke dalam mangkuk, kemudian siram dengan air (biar nampak basah).
  4. Kukus semula beras sampai masak untuk lebih kurang 1 jam.
  5. Sementara itu, campurkan santan dengan bawang merah, halba dan sedikit garam dan gula. Masakkan seketika dengan menggunakan api kecil.
  6. Beras yang telah masak dikeluarkan ke dalam mangkuk dan siram dengan santan. Gaul rata dan kukus semula lebih kurang 5–10 minit.
  7. Akhirnya, sedia dihidangkan.

Baca Juga : Resepi Nasi Beriani Ayam Mudah dan Paling Sedap

Gulai Ikan Tongkol

Bahan-Bahan untuk Ikan

  • 1 ekor ikan tongkol
  • 3 keping asam keping
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-cara Memasak Ikan

  1. Bersihkan ikan tongkol dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keeping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Baca Juga : Resepi Nasi Beriani Gam Ayam Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan untuk Kuah

  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang (boleh guna rempah cap bunga ros)
  • 2/3 cawan santan fresh/ pekat
  • 4 cawan air
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan (Optional)
  • Nisan/ gula melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 7-9 biji cili padi
  • minyak

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan Tumis

  1. 1 batang kulit kayu manis
  2. 5 kuntum bunga cengkih
  3. 3 biji buah pelaga
  4. 1 kuntum bunga lawang

Cara-Cara Menyediakan Gulai Ikan Tongkol

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan-bahan penumis.
  2. Biarkan sehingga wangi dan masukkan cili mesin. Goreng sehingga cili mesin menjadi garing.
  3. Campur dan blendkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hidup, kemudian masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  4. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi sehingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan lebihan air dan masak sehingga mendidih.
  6. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  7. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/ gula melaka, garam dan gula secukupnya.
  8. Masak sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang sudah dimasak tadi.
  9. Renih lagi kuah sehingga mencapai kepekatan yang disukai.
  10. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tidak pecah minyak lagi bolehlah tambah air panas dan masak semula sehingga keluar minyak.
  11. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap, tutupkan api selepas siap dimasak.

Nota: Ikan tersebut akan lebih sedap kalau direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam itu dapat meresap ke dalam isi ikan. Kalau ada belimbing buluh, boleh ditambah dalam gulai dan rasanya akan lebih enak.

Baca Juga : Resepi Nasi Dagang Kelantan Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan untuk Acar Timun

  • 2 biji timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • Cuka, gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit perahan limau kasturi (Optional)

Cara-Cara untuk Menyediakan Acar Timun

  1. Semua bahan sayuran termasuk cili dan bawang dihiris memanjang.
  2. Rendam sekejap hirisan timun dan lobak merah dalam air kapur. Toskan dengan segera.
  3. Satukan sayuran, cili, bawang dalam sebuah bekas. Curahkan cuka dan perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa.
  4. Jika suka boleh tambah dengan sedikit perahan limau kasturi. Gaul sebati.
  5. Biarkan ia mesra seketika sebelum sedia untuk dimakan.

Sedap nyer la. Teman must try resepi ni kerana ade kepuasaan hati sendiri. Nasi ni biase dihidangkan pada hari raye seperti aidil fitri. Boleh pulak dihidangkan di raye lain seperti perkawinan or majlis lain. Oke sekian entry resepi nasi dagang terengganu. Semoga berfaedah and selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Nasi Arab Mudah dan Sedap Wajib Cuba

Incoming search terms:

Leave a Reply