Resepi Nasi Daging Berempah Simple dan Sedap Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Telah lama saya tidak masak nasi daging, Miss satu ini. Buat masa ini memang bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti puasa yang dilakukan umat Islam seperti biasa. Masa yang paling diingikan saat berbuka puasa adalah makanan yang paling sedap, seperti saya, hehehee… Secara kebetulan, terdapat acara Majlis Berbuka Puasa dengan kawan-kawan di rumah. Saya memutuskan untuk masak nasi daging berempah untuk mereka. Tidak disangka-sangka, kawan-kawan saya suka dengan nasi daging berempah buatanku, Nice. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi nasi daging berempah paling sedap dan mudah. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Daging Berempah Simple dan Sedap Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa

Baca Juga : Resepi Nasi Kerabu Kuning Untuk Masakan Raya Istimewa

Bahan-bahan

  • 1 kg beras – basuh dan toskan
  • 500 g daging – dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
  • Air secukupnya
  • Daun sup dan daun bawang – dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*-disangar
  • 2 sk jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sb kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 2 batang serai – dititik
  • 1sb rempah kari daging / kurma – saya pakai 1 bungkus kecil
  • penumis:- sedikit kayu manis, cengkih, pelaga

Bahan-Bahan untuk Air Asam:

  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa
  • 1 sk gula (ikut citarasa manis sendiri)
  • secubit garam

Bahan Hiris:

  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

Cara-Cara

Cara-cara Penyediaan

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
  2. Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. (Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnya)
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis, daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  4. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu, kacau dan biar mendidih sebentar.
  5. Masukkan pula beras dan gaul rata. Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.
  6. Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  7. Ketika menghidang, tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

Cara Masak Air Asam

  1. Kesemua bahan untuk air asam di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak macam mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali.
  2. Kemudian masukkan bahanbahan hirisan tadi, dan siap utk di hidang bersama nasi daging

Nasi daging berempah paling sedap dah ready hidang. Nasi daging berempah ni memiliki rasa lezat. Berbuka puasa dengan nasi daging ini benar-benar membuat kita semua bahagia. Selain sesuai untuk hidangan berbuka puasa, Nasi daging berempah ni juga sesuai untuk hidangan makan tengahari. Sila coba resepi nasi daging berempah ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan Anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Lemak Sedap Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa

Incoming search terms:

Leave a Reply