Resepi Nasi Daging Merah Ala Thai Simple dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Apa kabar hari ni? Semoga sihat selalu yer. Kali ni saya nak kongsikan resepi nasi daging merah ala thai yang sedap tu. Untuk teman penggemar nasi daging sila cuba resepi ni. Awal mula sediakan bahan-bahan seerpti bawah ni. Then follow the instruction. Oke langsung sahaja semak yer resepinya.

Resepi Nasi Daging Merah Ala Thai Simple dan Sedap

Bahan-Bahan:

Bahan untuk daging merah:

  • 200 gram daging
  • pewarna merah
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
  • 4 biji jagung muda, potong memanjang
  • sedikit tepung jagung
  • Karot, potong memanjang

Bahan untuk nasi goreng:

  • 4 cawan nasi
  • Sayuran campur atau mixed vegie
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 ketul kiub ayam
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

Baca Juga : Resepi Nasi Lemak Noxxa Simple dan Sedap

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak daging merah:

  1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
  2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
  3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  6. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
  8. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar.
  9. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

Cara untuk memasak nasi goreng:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati.
  3. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Hurm Sedap terbaik. Resepi ni saya peroleh dari teman dekat yang terbiasa berkongsi bersama. Kerana menyelerakan so saya kongsikan disini. Resepi ni boleh sedia untuk ampat orang. Oke sekian kongsi resepi nasi daging merah ala thai yang sedap tu. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Untuk 50 Orang Hidangan Majlis yang Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply