Resepi Nasi Daging Mudah dan Paling Lazat

resepinasi.net – Assalamualaikum, salam sejahtera rakan-rakan semua. Bagi penggemar daging, makanan nasi daging sudah tentu telah menjadi sangat famous bagi mereka. Nasi daging juga mempunyai ramai peminat di Malaysia. Nasi daging mempunyai banyak jenis, seperti nasi daging merah, nasi daging berempah, resepi nasi daging Utara, etc. Rasa hidangan ini sangatlah lazat, tidaklah menghairankan jika makanan ni mempunyai banyak peminat. Mungkin anda akan berfikir jika untuk membuat nasi daging pastilah sukar. Jangan risau, kerana buat masa ni saya akan berkongsi resepi nasi daging mudah untuk anda.

Untuk membuat nasi daging ni memanglah mudah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya, walaupun anda masih belajar memasak. Walaupun membuat nasi daging ini adalah cukup mudah, tetapi rasa hidangan ini adalah tak kalah lazat dengan nasi daging chef ammar yang lazat tu. Untuk Anda yang nak mencuba resepi daging mudah ini, jom kita tengok bahan-bahannya di bawah ni

Resepi Nasi Daging Mudah dan Paling Lazat

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Sedap dan Ringkas

Nasi Daging

Bahan-bahan untuk Nasi:

  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu marjerin
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih)
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu rempah kurma
  • 3 pok beras yang dibasuh dan ditoskan (untuk 4-5 orang makan)
  • 1 tin susu cair
  • 1 piring kecil daging yang dihiris nipis (rebus dulu daging)
  • 1 biji tomato dipotong 6
  • 1 cubit garam
  • Daun sup/daun saderi/bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara memasak Nasi:

  1. Mula-mula masukkan minyak dan marjerin ke dalam periuk.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, 3 sekawan dan daun pandan sampai naik bau.
  3. Masukkan rempah kurma dan goreng sampai separa garing.
  4. Masukkan air dan biar mendidih seketika.
  5. Masukkan beras yang telah ditos dan kacau2 dalam periuk.
  6. Pabila dah sekata bolehlah masukkan susu cair, daging rebus yang dihiris halus dan sebiji tomato yang dipotong 6.
  7. Masukkan secubit garam juga.
  8. Dah mendidih tuangkan ke dalam periuk pressure cooker dan masak seperti biasa.
  9. Dah masak, hiaskan dengan daun sup/bawang goreng/ daun saderi untuk bangkitkan bau

Air Asam

Bahan-bahan untuk Air asam:

  • * 3 tangkai Cili besar
  • * 3 tangkai cili padi
  • * 1 ketul kecil belacan yang dibakar
  • * Garam & gula secukup rasa
  • * 5 sudu air asam jawa
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar holland dipotong dadu
  • 1 biji limau nipis dihiris halus bersama kulitnya
  • 1 sudu kerisik Sedikit daun saderi

Cara-caranya:

  • Tumbuk/blendkan bahan2 yang bertanda *
  • Setelah lumat, tuang ke dalam mangkuk
  • Masukkan kerisik dan kacau sebati
  • Masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu dan dihiris halus
  • Hiaskan dengan daun saderi

Source: ibuayahdamia

Nyerrr.. sedappnyeee.. Nasi daging mudah ni dah selesai dibuat dan dah siap dihidangkan. asi daging ni biasanya dihidangkan untuk makan malam dengan keluarga saye. Sila cuba resepi nasi daging mudah ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Chef Sabri Celebrity yang Sedap and Lazat

Incoming search terms:

Leave a Reply