Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Simple dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga selalu sihat teman perkongsian resepi nasi disini. Orang Utara mesti sangat famous dengan nasi daging ni. Nasi daging Utara biasa dihidangkan untuk Makan tengah hari atau untuk nasi kenduri. Nasi daging Utara akan bertambah lazat jika ia ditambah air Asam kerisik. Tidak mengapa jika anda menikmati nasi daging Utara air Asam ni bukanlah dari orang Utara yang buat, kerana anda sendiri boleh membuatnya di rumah. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi nasi daging utara air asam kerisik simple dan sedap. Menu ini adalah salah satu kegemaran keluarga saya. Walaupun hanya air Asam nasi daging, tetapi rasa sangat lazat. Setiap kali isteri saya masak nasi daging Utara ini, pasti lah selalu habis.. hehehee.. jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Simple dan Sedap

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Simple dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Bahan-bahan

Bahan-bahan Untuk Nasi Daging

  • 4 cawan beras basmathi – di rendam selama 10minit dan toskan
  • 1/2 kilogram daging
  • 4 cawan air rebusan daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan tomato sup – saya guna jenama kimball
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan – di simpul
  • Kismis, bawang goreng dan kacang gajus – untuk hiasan (pilihan)

Bahan-bahan Untuk menumis

  • 1 inci halia – di hiris nipis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi

Bahan-bahan Untuk Air Asam Berkerisik

  • 2 tangkai cili merah*
  • 10 tangkai cili api*
  • 1/2 inci belacan – di bakar *
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula
  • 2 biji tomato – dibelah dua dan dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar – dibelah dua dan dihiris nipis
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 biji cili merah – dihiris bulat nipis
  • 2 biji limau kasturi
  • 2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak – ramas dan asingkan bijinya

Cara-cara

Cara Membuat Nasi Daging Utara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
    Basuh beras dan toskan.
  3. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  4. Masukkan beras dan kacau sekejap. Masukkan air rebusan daging. Boleh juga masukkan daging kedalam periuk ketika menanak nasi.
  5. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato sup, daun pandan dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  6. Hidangkan Nasi daging dengan air asam dan hirisan daging yang telah direbus tadi. Saya gandingkan juga dengan acar nenas mentah sebagai pembuka selera.

Cara Membuat Air Asam Berkerisik

  1. Tumbuk semua bahan bertanda (*) hingga lumat.
  2. Masukkan cili merah hiris, tomato, bawang besar dan tumbuk lagi sekadar bercampur dengan bahan bertanda (*) tadi.
  3. Seterusnya masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
  4. Akhir sekali perahkan limau kasturi dan masukkan juga kulitnya yang sudah dihiris.

Nasi daging utara air asam sedia berkhidmat. Sangat mudah untuk membuat nasi daging air Asam utara ni. Hidangkan nasi daging utara air asam ni untuk Makan tengah hari bersama keluarga anda. Sila cuba resepi nasi daging utara air asam ni di dapur anda. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah membuatnya dengan betul untuk mendapatkan rasa yang paling lazat. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Untuk Perayaan Idul Fitri

Incoming search terms:

Leave a Reply