Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Simple dan Sedap

resepinasi.net – Hello… Bagaimana khabar rakan-rakan semua? Semoga semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Hari ini saya tak tahu nak masak apa? Selepas melihat nasi yang masih banyak, saya berfikir untuk membuat nasi goreng. Nasi goreng ikan masin, ni adalah salah satu hidangan nasi goreng yang paling sedap. Masakan ini sesuai untuk sarapan pagi dan makan malam. Nasi goreng ikan masin memang punya rasa yang sedap dan menjadikanya juga cukup mudah. Masa ini saya akan berkongsi resepi nasi goreng ikan masin untuk anda. Hidangan ini merupakan salah satu hidangan kegemaran saya. Saya memang peminat nasi goreng. Segala macam nasi goreng aku suka. OK, jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Untuk Perayaan Idul Fitri

Bahan-Bahan

  • Nasi dingin dari 2 pot beras (peroikan)
  • Sekeping isi ikan talang masin(potong kecil-kecil dan dibersihkan dan ditoskan..kakyah masa sekeping pun bersihkan dulu dan lepas potong kita lalukan diair dan ditoskan)
  • Udang segar(kupas kulitnya dan ditinggalkan ekornya)
  • Sotong(potong bulat)
  • Isi ayam(potong kecil)
  • 5 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 4 biji cili padi(potong nipis-nipis)
  • 3 batang kacang panjang(potong macam nak buat ulam nasi kerabu)
  • Sedikit taugeh
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Sebiji telur
  • Lada sulah
  • Gula dan garam
  • Bawang goreng
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuat Nasi Goreng Ikan Masin

  1. Tumis bawang putih bersama cili padi sehingga sedikit kekuningan.
  2. Masukkan ikan masin dan kacau sehingga ikan masin kelihatan sedikit garing/bertukar warna kekuningan.
  3. Masukkan juga lada sulah dan perah sedikit limau nipis ke dalamnya.
    Ketepikan bahan tumis tu ketepi kuali(masih dalam kuali lagi tu..) dan pecahkan telur..kacau
  4. Bila telur kelihatan masak dan hancur gaul sekali dengan bahan tadi.
  5. Masukkan udang, sotong dan ayam(kalau kakyah bila kita masukkannya saya masukkan lada sulah keatas udang dll tu untuk perisakan udang, sotong dan isi ayam tu)
  6. Kacau biar kelihatan masak semuanya.
  7. Masukkan sos tiram, gula dan sedikit garam.
  8. Masukkan kacang panjang dan taugeh.
  9. Masukkan juga nasi dingin.
  10. Gaul dan kacau biar sebati semuanya.(masak nasi goreng jangan cepat sangat biar rencah2 tadi bergaul mesra dengan nasi.
  11. Sebelum angkat letak sesudu dua bawang goreng.

Nasi goreng ikan masin dah sedia untuk di hidang. Aroma nasi goreng ni memang benar-benar membuatkan semua orang mahu makan masakan ni. Hidangankan nasi goreng ikan masin ni untuk Sarapan Pagi atau makan malam bersama keluarga. Sila cuba resepi nasi goreng ikan masin ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Semoga berguna dan selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Noxxa Simple dan Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply