Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua. Semoga sihat selalu. Kembali dengan saye yang sudi berkongsi pasal resepi nasi. Siape kat sini orang kampung? Saye jugak salah satu yang berasal dari kampung. Tak perlu malu bcoz kat kampung tu banyak faedah and dekat dengan alam. Untuk teman yang rindu masakan kampung saye nak kongsikan resepi nasi goreng kampung. Semoga mampu berfaedah untuk teman. Oke langsung sahaja saye kongsikan resepi bahan and cara-cara.

Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan:

Bahan A

  • 1 sudu besar garam
  • 7 biji bawang merah (bwg kecil)
  • 5 biji bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)

Bahan B

  • 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
  • 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe)
  • Bawang goreng (kalau takde, takpe)
  • 5 sudu besar air masak.
  • Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi)

Baca Juga : Resepi Nasi Daging Chef Ammar Paling Sedap dan Mudah

Cara-cara Memasak :

  1. Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat. Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jangan letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan-bahan tersebut, kira ok.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana sahaja.
  3. Bila dah naik bau, letak air sebanyak 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yang telah dipotong-potong tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk). Masak selama 1 minit lagi.
  4. Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.

Cadangan Hidangan:

  1. Hidangan untuk 4 orang.
  2. Taburkan bawang goreng dan daun kesum yang dihiris halus tadi.
  3. Perahkan limau nipis/kecil secukup rasa ke atas nasi goreng yang telah siap.
  4. Boleh makan dengan kicap kalau suka @ kalau kurang masin 🙂

Tips :

Cara-cara memasak kena ikut betul-betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi dan sedap.

hmmm sedap aroma nasi goreng kampung ni bangkitkan selera. Semoga yang rindu kampung dah tak rindu kampung lagi. Resepi ni boleh teman hidangkan saat makan petang or makan lunch. Oke sekian entry resepi nasi goreng kampung ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Nasi Beriani Ayam Masak Merah Simple

Incoming search terms:

Leave a Reply