Resepi Nasi Kerabu Ayam Bakar Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Assalamualaikum Semua. Salam sejahtera and semoga teman semua dah peroleh rezeki berganda hari ni. Kali ni saya nak berkongsi again. Saya nak kongsikan resepi nasi kerabu ayam bakar. Nasi kerabu yang sedap dihidangkan bersama ayam bakar merupakan resepi yang sangat elok untuk makan petang. Saya pon sering hidangkan resepi ni untuk makan petang. Untuk teman yang nak cuba silahkan sediakan bahan seperti bawah ni and cara-cara nya. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Kerabu Ayam Bakar Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Nasi Kerabu Biru / Hitam

  • Beras
  • Pewarna biru star brand atau air perahan bunga teleng….family aku panggil bunga nasi kerabu
  • air

Cara-cara :

  1. Basuh beras seperti biasa.
  2. Masukkan air yg secukupnya dengan kuantiti beras.
  3. Titiskan pewarna biru td, masak nasi seperti biasa.
  4. Dah siap nasi kerabu biru….tp ore kelate panggil nasi kerabu hitam…..

Kelapa goreng & ikan /sambal ikan/ awah nasi kerabu

Bahan-bahan :

  • Kelapa parut
  • Isi ikan rebus/bakar
  • Bawang merah, serai, halia, & lada hitam.
  • Garam & penambah perasa.

Cara-cara :

  1. Kepala disangai dlm kuali sehingga kekuningan, jangan terlalu garing.
  2. Tumbuk lada hitam sehingga lumat, kemudian masukkan bahan yg lain.
  3. Isi ikan td ditumbuk sekali ngan bahan td.
  4. Ketepikan bahan tadi, kemudian tumbuk kelapa goreng td jgn smp lumat…cuma hancurkan shj. Kalau malas x tumbuk pun xpe….hehehe
  5. Gaulkan kelapa & isi ikan td.

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Saffron Paling Sedap Wajib Cuba

Ulam-ulaman & Bahan Sampingan Lain

Bahan-bahan :

  • Sediakan ulam yg dikehendaki……
    -daun serai kayu/daun salam
    -ulam pegaga
    -pucuk mengkudu
    -daum kesum
    -ulam raja
    -kobis bulat
    -kacang panjang
    -taugeh
    -timun
    dan sebagainye….
  • budu/sos bilis
  • limau nipis
  • cili api jeruk

Cara-cara :

  1. Ulam dihiris halus/nipis
  2. Masukkan budu dlm mangkuk & perahkan air limau nipis. Kacau hingga sebati.
  3. Cili api jeruk diblender utk dijdkan sambal..

Solok Lada

Bahan-bahan :

  • Lada solok yg kaler putih atau light green tu…..kat kl susah nak cr so pakai je lada besar yg hijau jgn pakai lada banggala dah lah. Belah tgh tp jangan smp putus. Buang biji dia, untuk kurangkan pedas rendam dalam air kelapa, air beras atau air rendaman daun jambu bt atau daun lada tu sendiri….
  • Isi kelapa parut yg sesuai wat kueh, x terlalu tua….kalau xde blh gak pakai tp nanti inti jd berderai so x beh…..tp ma aku pecahkan telur supaya blh dikepal inti tu nanti.
  • Isi ikan yg sesuai (kembung/selayang/sardin/selar/lolong) rebus setengah masak dengan sedikit garam dan asam keping.
  • Sedikit bawang merah, halia, serai, lada hitam dan pati santan.
  • Bahan perasa secukup rase….garam dan ajinomoto (kalau suka) atau gula.

Cara-cara :

  1. Tumbuk lada hitam, serai dah halia sampai lumat sekiranye menggunakan garam kasar blh ditumbuk sekali time ni. Kemudian masukkan bawang merah, tumbuk lg.
    Ikan rebus yg separuh masak td diasingkan tulangnye dan ditumbuk bersama bahan diatas sehingga sebati.
  2. Gaulkan bahan td bersama dengan isi kelapa parut, setelah sebati blh disumbat kedalam lada. Rase inti, kalau agak2 kureng perasa tambah ape2 yg patut.
  3. Susun lada yg telah siap disumbat kedalam periuk, kalau ma aku dia mesti alas bahagian bawah periuk dgn pucuk ubi atau kacang panjang. Kemudian masukkan pati santan (anggaran)…jangan smp tenggelam susunan lada yg paling atas.
  4. Masak solok gunakan api sederhana, agak2 ada aroma yg best menusuk hidung tu maknanye solok dah masak tp pastikan santan td telah kering…jangan smp hangus sudah.
  5. Sedia utk dihidang.

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Mudah

Ayam Bakar

Bahan-bahan :

  • Daging ayam
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • Halia
  • Lengkuas
  • Rempah biji/ketumbar
  • Serai
  • Garam
  • Sedikit gula

Cara-cara :

  1. Tumbuk ketumbar sehingga lumat…kalau suka boleh ditambah sedikit lada hitam.
  2. Masukkan garam & bahan2 yg lain, tumbuk sehingga lumat.
  3. Perap ayam dengan bahan2 tumbuk td…lg lama lg sedap.
  4. Percikkan sedikit minyak pada alas/dawai pembakar. Bakar ayam sehingga masak.

Huurrm sedap terbaik. Teman cuba at home ya. Resepi ni saya peroleh dari blog kazumi. Ijin berkongsi disini kazumi. Oke sekian kongsi resepi nasi kerbau ayam bakar ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

Leave a Reply