Resepi Nasi Kerabu Daging Bakar Paling Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga selalu sihat teman perkongsian resepi nasi disini. Semua orang pasti lah suka nasi kerabu. Warna biru nasi kerabu selalu memberikan sensasi makan berbeda. Aroma dari ulam-ulaman kerabu membuat banyak orang ingin untuk menikmati kerabu ini. Saya sering makan nasi kerabu, saya membeli from sebuah kedai makan atau restoran. Nasi kerabu yang dijual di restoran pasti memiliki rasa lezat. Tetapi Anda dapat membuat sendiri di rumah dan rasa juga tak kalah lezat dari nasi kerabu restoran. Ada banyak jenis kerabu, tapi satu yang paling sedap adalah nasi kerabu daging bakar. Nasi kerabu yang dihidangkan dengan daging bakar adalah yang paling sedap dalam pendapat saya. Jika Anda ingin membuat nasi kerabu daging bakar di rumah, Anda berada di right blog. This time saya akan kongsikan resepi nasi kerabu daging bakar paling sedap untuk Anda. Jom kita tengok resepinya di bawah

Resepi Nasi Kerabu Daging Bakar Paling Sedap dan Mudah

Baca juga : Resepi Nasi Dagang Kelantan Mudah dan Sedap

Bahan-bahan

Bahan untuk Nasi Kerabu

  • 4 pot beras Siam Serindit
  • 5 pot air – bergantung kepada beras masing-masing
  • 3 helai daun limau purut – dikoyak-koyak
  • Segenggam bunga telang – direndam
  • Sedikit garam

Bahan untuk Kuah Tumis

  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Halia sikit
  • Cili kering (ikut suka, aku letak 5 batang)
  • Santan kotak dalam 3-4 cawan kemudian campur air sikit
  • serai sebatang dititk
  • lengkuas sikit diketuk
  • asam gelugur dalam 3 keping
  • Gula 1 sudu dan sedikit garam

Bahan untuk Sambal Ikan

  • Kelapa parut di goreng hingga garing
  • ikan bakar (boleh guna smoked mackerel 1 ekor)
  • bawang merah 4 biji
  • serai
  • Gula keping aka nise keping ore kelate panggil 1 keping dicairkan

Bahan untuk Daging Bakar

  • 1 batang serai
  • 5-6 ulas Bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Jintan manis
  • kunyit sedikit
  • Kesemua di blender. Garam diletak sebanyak 1/5 dari hasil blender
  • 200g daging dipotong besar-besar tapi nipis sedikit
  • madu 1 ke 2 sudu

Cara-cara

Cara membuat Nasi Kerabu

  1. Beras di bersihkan dan rendam sebentar senagn air bungan telang uuntuk menyerapkan lagi warna biru pada beras
  2. Kemudian ditanak seperti biasa bersama-sama daun limau purut, daun pandan dan air bunga telang yang memberi aroma semulajadi pada nasi
  3. Masukan sedikit garam

Cara Membuat Kuah Tumis

  1. Kisar bawang putih, merah, halia dan lcili kering kesemuanya, kemudian tumis hingga naik minyak
  2. Kemudian masukkan santan dan kacau. Masukkan serai dan lengkuas.
  3. Selepas santan tadi pecah minyak dan pekat masukkan asam gelugur

Cara Membuat Sambal Ikan

  1. Kelapa parut digoreng atas api perlahan
  2. Mula-mula aku tumbuk bawang merah tapi lambat sengoti, maka aku blender lebihan bawang tu dengan serai
  3. Kemudian isi ikan ditumbuk
  4. Kemudian kelapa parut yang dah siap digoreng ditumbuk hingga lumat (jgn jadi kerisik yer)
  5. Kemudian campurkan isi ikan dan bahan yang diblender. Masa ni aku masukkan garam, blackpepper sikit pahtu sambal oelek. Kalu takmo, takpe.
  6. Dalam kuali sederhana panas, campurkan campuran ikan + kelapa parut di atas dengan kelapa goreng tumbuk hingga sebati baru masukkan nise keping yang sudah dicairkan.
  7. Masa letak nise nih atas kuali yang sederhana panas supaya nise cair.

Cara Membuat daging Bakar

  1. Marinate daging dengan kesemua bahan diatas seeloknya setengah hari atau sehari lagi sedap. Marinate garam kunyit tu xpayah banyak2, just sesudu ke dua sudu, lebihan bolehlah disimpan. Marinate 2 jam pun sedap gak
  2. Bakar sekeping besar tu
  3. Agak-agak dalm 20 minit baru masak
  4. Kalau lepas potong nampak merah letak je atas dapur bakar sikit

Tips

  • Ulam bole guna kacang panjang, taugeh dan daun salad
  • Budu tambah sambal dan perahan limau
  • goreng keropok

Nasi kerabu daging bakar sedia berkhidmat. Nasi kerabu amat sesuai untuk hidangan Makan tengah hari bersama keluarga anda di rumah. Nasi kerabu daging bakar ni sentiasa digemari dengan keluarga saya. Sila cuba resipi nasi kerabu daging bakar ni di rumah, dan hidangkan untuk keluarga anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca juga : Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Untuk Perayaan Idul Fitri

Incoming search terms:

Leave a Reply