Resepi Nasi Kerabu Kelantan Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Saye kembali lagi untuk berkongsi dengan teman. Kenape? Kerana saye suka berkongsi resepi untuk menambah kepandaian pasal masak memasak. Entry ni saye nak kongsikan resepi nasi kerabu Kelantan. Siape yang tak kenal famous nasi ni. Pasti korang bukan orang Kelantan yer :D. Oke lah kerana perkongsian ni saya persembahkan tuk orang melayu langsung sahaja saye kongsikan resepi tu. tengok Jom.

Resepi Nasi Kerabu Kelantan Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Nasi :

  • 1 genggam penuh bunga telang – rendam dalam air secukupnya (Saye takde jd guna pewarna biru je)
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
  • 5 helai daun limau purut – koyak2 sedikit
  • 1 batang serai – titik

Cara-cara :

  1. Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
  2. Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
  3. Tanak hingga nasi masak.
  4. **Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Baca Juga : Resepi Nasi Dagang Tanak & Gulai Ikan Tongkol Sedap dan Mudah

Kuah Tumis:

  • Santan pekat ( Saye guna 2 cawan)
  • 7 ulas bawang merah* – (*) kisar
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 labu bawang besar*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 cm halia*
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit gula melaka
  • 2 sudu besar budu
  • Garam (kena rasa masin dulu ~ Saye tak letak sebab budu dah masin)

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.

Nota
Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Simple dan Sedap

Sambal kelapa :

  • 1 ekor ikan kembung – yg telah direbus dan ambik isi
  • 1/2 biji kelapa – goreng (sangai)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam
  • Gula

Cara-cara :

  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
  3. Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.

Ulam-ulaman : ( Saye letak apa yang ada kat rumah je)

  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Timun
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bawang besar
  • Kacang botol
  • Taugeh

Cara-cara :

  1. Hiris halus kesemua ulaman.

Baca Juga : Resepi Nasi Lemak Tumis Sedap Wajib Cuba

Sambal Cili:

  • Cili padi – tumbuk
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Lauk Pauk :(pilihan sendiri ~ Saye hidang dengan ayam goreng rangup, telur masin & keropok keping je)

  • Telur masin
  • Ikan rebus goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • daging goreng @ ayam goreng ( Saye buat ayam goreng rangup)
  • Keropok @ keropok lekor
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk
  • Atau apa2 aja yang disukai

Cara menghidang:

  1. Letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Sedaaap and beautyfull masakan. Buat rakan boleh la ajak teman tuk bersama mencuba resepi ni. alnye saye pon seperti tu. Oke sekian entry resepi nasi kerbau Kelantan ni. Semoga berfaedah and Selamat mencuba :D.

Baca Juga : 5 Resepi Nasi Spesial Untuk Hidangan Hari Raya

Incoming search terms:

Leave a Reply