Resepi Nasi Kerabu Kuning Untuk Masakan Raya Istimewa

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Apa khabar hari ni? I hope always good. Ramai orang jatuh cinta dengan nasi kerabu. Hampir semua orang suka dengan nasi kerabu. Punya rasa yang sedap, ramai hidangan sampingan, membuat nasi kerabu menjadi kegemaran ramai orang. Terdapat dua jenis nasi kerabu, nasi kerabu biru dan nasi kerabu kuning. Semua mempunyai kelazatan yang sama. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi nasi kerabu kuning. Serupa dengan nasi kerabu biru, nasi kerabu kuning juga banyak penggemar. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Kerabu Kuning Untuk Masakan Raya Istimewa

Baca juga : Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Mudah Dan Faedahnya Bagi Kesihatan

Resepi Nasi Kerabu Kuning

Bahan-Bahan

  • 1kg beras
  • Pewarna kuning atau serbuk kunyit secukupnya
  • Air secukupnya
  • 5 helai daun pandan

Cara memasak

  1. Beras direndam dengan pewarna atau kunyit dan dibiarkan sebentar.
  2. Tanak sehingga masak dan apabila mendidih, masukkan daun pandan. Ketepikan.

Resepi Ulaman

Bahan-Bahan

  • Timun
  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Bunga Kantan
  • Daun kesum
  • Daun kunyit muda
  • Taugeh Daun selasih

Cara membuat

  1. Hiris halus-halus dan gaul bersama

Resepi Sambal Kelapa

Bahan-Bahan

  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 2 batang serai – dimayang halus
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 ekor ikan selar @ kembung @ selayang -rebus ambil isi
  • 5 ulas bawang merah
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. Goreng kelapa parut hingga betul2 garing, tumbuk dan ketepikan.
  2. Tumbuk lada hitam hingga lumat bersama serai yang dimayang. Campurkan dengan kelapa parut tadi.
  3. Tumbuk bawang merah, campurkan sedikit isi ikan, buat sampai habis dan campurkan dengan dengan bahan2 lain yang tadi.
  4. Gaul semua bahan sehingga cukup rasa garam dan gulanya.

Resepi Air Lada

(Jika masak nasi kerabu hitam, tapi saya tak pernah tinggal air lada ni, tak kira nasi biru, kuning atau putih)

Bahan-Bahan

  • 10 biji cili padi merah
  • Cuka
  • gula
  • garam

Cara Membuat

  1. Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam (1 bhgn garam, 2 bhgn gula) dan dibancuh dengan cuka.

Resepi Kuah Tumis

Bahan-Bahan

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering (3 sudu besar cili kisar)
  • 1/2 kilo santan
  • 2 keping asam gelugur
  • gula melaka (nisan) secukup rasa
  • 2 batang serai -dititik
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering sehingga lumat.
  2. Tumiskan bahan2 kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan, kacau selalu sehingga mendidih.
  4. Masukkan serai, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak sehingga kuah naik minyak.

Resepi Ikan Rebus Celup Tepung

Bahan-Bahan

  • 4-5 ekor ikan selar
  • 1 inci lengkuas -dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugur
  • sedikit air
  • gula melaka
  • garam secukup rasa
  • tepung beras
  • air
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • bawang merah -dihiris
  • minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. Rebus ikan dengan semua bahan rebusan sehingga agak kering air. Seelok-eloknya rebus ikan lebih awal supaya rasa asam dan gulanya masuk sehingga ke dalam isinya tulangnya.
  2. Campurkan semua goreng kecuali minyak masak. Gaul sebati.
  3. Toskan ikan rebus. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga garing.
  4. Gerenti sedappppp!

Nasi kerabu kuning dah siap di hidangkan. Nasi kerabu kuning adalah satu hidangan yang sangat istimewa. Masakan ni pada hari-hari biasa boleh untuk makanan tengahari atau makan malam. Nasi kerabu kuning juga boleh makanan pada majlis Hari Raya. Berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan with hidangan nasi kerabu kuning pasti membuat suasana hari raya lebih istimewa. Sila cuba resepi nasi kerabu kuning ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Nasi Minyak Sedap Untuk Hidangan Berbuka Puasa

Leave a Reply