Resepi Nasi Kerabu Spesial Raya Aidilfitri

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Hari ni agaknya sikik sibuk so walaupon lambat update blog ni saye takde niat buat tak update. Oke kali ni saye nak kongsikan resepi nasi kerabu spesial raya aidilfitri. Kenape kerana memang spesial raya aidilfitri and memang spesial sedap n=yer nasi kerabu tu. Oke tak perlu banyak cakap kerana nasi kerabu dah famous kali in Malay. Tengok Jom bahan and cara yer.

Resepi Nasi Kerabu Terengganu Paling Sedap

Nasi

  • Nasi – masak nasi macam biasa dgn tambah daun purut or pewarna biru lain dan daun pandan.

Sambal Tumis

Bahan

  • *2 sudu lada kering yg telah ditumbuk atau 3-4 sudu (8-10 tangkai cili kering) jika ingin sambal lebih merah
  • *5 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1cm halia
  • *1cm kunyit-ditumbuk/ 1 sk serbuk kunyit
  • 1 biji kelapa @ 1/2 tin santan dlm tin-jadikan 2 cwn santan
  • 2 btg serai-di ketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sm budu
  • gula melaka/gula merah
  • 1 sudu tpg beras (pilihan utk pekatkan kuah)-kacau dgn sikit air
  • tambah garam sekiranya perlu
  • *tumbuk/blender

Baca Juga :5 Resepi Nasi Spesial Untuk Hidangan Hari Raya 

Cara 1

  1. Panaskan santan sampai mendidih.
  2. Masukkan semua bahan dan kacau sampai masak pekat dan pecah minyak

Cara 2

  1. Panaskan minyak , tumis semua bahan tumbuk.
  2. Kemudian masukkan semua bahan lain.kacau sampai masak pekat dan pecah minyak

Sambal ikan/Sambal kelapa

Bahan

  • 2 ekor ikan saiz sederhana – direbus dan ambil isi – tumbuk
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut- digoreng tanpa minyak sampai kuning
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk
  • 1 batang serai dihiris tipis-tipis
  • garam,gula,serbuk lada hitam

Cara

  1. Campurkan semua bahan di atas .

Kerabu/ulam

  • Potong kubis,timun,kacang pjg,kacang botol,taugeh ( guna apa2 yg ada dlm peti ais)
  • Lain2 -boleh tambah jika suka ayam goreng berempah/biasa/ikan celup tpg,telur asin,solok lada,sambal

Baca Juga : Resepi Nasi Daging Spesial Raya Aidilfitri

Resepi Solok Lada

Bahan-bahan

  • lada hijau 10 biji ( kalau tak nak pedas belah memanjang dan buang biji)
  • kelapa parut 1/2 biji atau 1 1/2 -2 cwn desiccated coconut/kelapa kering (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave)
  • ikan 2 ekor ( yg tlh dikukus/rebus-ambil isinya)
  • santan cair utk merebus solok lada
  • 7-9 biji lada hitam
  • 1/2 inci halia
  • 4 ulas bawang merah

Cara-cara

  1. Tumbuk lada hitam,halia,bawang merah dan ikan hingga separuh lumat dan masukkan kelapa dan tumbuk lagi sekejab.
  2. Gaul bahan2 tersebut dgn gula dan garam
  3. Isikan bahan yg digaul ke dlm lada padat2
  4. Susun dalam periuk dan masukkan santan.Masak sampai mendidih.

Ikan Celup Tepung

Bahan batter gorengan

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 s/b tepung gorengan kentucky
  • 1 biji telur [saiz kecil]
  • air secukup nya [dalam 1/2 cawan]- letak lebih 1/2 cwn sbb adunan nampak pekat
  • ikan ..[bersihkan saperti biasa]-guna ikan selayang
  • minyak yg banyak

Cara – cara

  1. Panaskan minyak. [memang kena gunakan minyak yg banyak dan panas]
  2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. [tengukkan kepekatan adunan saperti kueh cara/pankek.]
  3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing.
  4. Angkat dan toskan secukupnya.

hmmm Pantas lah jadi hidangan saat raya aidilfitri. Oleh itu teman shud try yer. Oke sekian entry resepi nasi kerabu spesial raya aidilfitri ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Spesial Hari Raya Aidilfitri

 

Incoming search terms:

Leave a Reply