Resepi Nasi Kerabu Terengganu Paling Sedap

resepinasi.net – Hello… Bagaimana khabar rakan-rakan semua? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Jumpa lagi dengan blog kami akan sentiasa berkongsi segala macam resipi nasi. Buat masa ini saya akan cuba membuat nasi kerabu Terengganu. Nasi kerabu Terengganu adalah makanan kegemaran suami dan anak-anak saya. Makanan ni biasa dihidangkan untuk makan tengah hari bersama keluarga. Nasi kerabu ini memang istimewa. Menu ini menggunakan banyak bahan sampingan. Tapi pastilah sesuai dengan hasilnya, sangat sedap. Anda harus cuba resepi nasi kerabu Terengganu ni di rumah. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Kerabu Terengganu Paling Sedap

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Mudah dan Paling Sedap Wajib Cuba

Bahan-bahan

Bahan untuk Nasi

  • 3 cawan beras biasa
  • 4 cawan air
  • 1 batang serai } diketuk
  • 10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
  • sedikit pewarna biru

Bahan untuk Sambal kelapa/ikan

  • 1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
  • 2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5 cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • garam secukup rasa

Bahan untuk Sambal Cili Padi

  • 1 mangkuk kecil Cili Padi, dibuang tangkainya
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • ½ cawan cuka

Bahan untuk Kuah Tumis Belacan

  • 2 inci belacan, dibakar
  • 5 biji cili kering }ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah} ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih }ditumbuk
  • 1.5 cm halia }ditumbuk
  • 1 batang serai, dititik
  • sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
  • 1/2 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
  • 2 sudu air asam jawa

Bahan untuk Ulam-Ulaman

  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun cekur
  • 10 tangkai daun kesum
  • 5 tangkai daun selasih/kemangi
  • 5 batang kacang panjang
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 biji timun
  • 5 biji bawang putih jeruk
  • 1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya
    (kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh)

Bahan untuk Solok Lada

  • 10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5 cm halia
  • 2-3 ekor ikan kembung/selayang, ambil isinya sahaja
  • sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Bahan untuk Ikan Goreng Celup Tepung

  • 6 ekor ikan }dibersihkan dan tos
  • 1 cawan tepung beras
  • sedikit air kapur
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Cara Memasak Nasi Kerabu

  1. Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.

Cara Menghidangkan Nasi Kerabu

  1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
  2. Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.
  3. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.

Cara Membuat Sambal Kelapa/ikan

  1. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
  2. Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.

Cara Membuat Sambal Cili Padi

  1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
  2. Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
  3. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Cara membuat Kuah Tumis Belacan

  1. Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
  2. Masukkan bahan-bahan tumbuk, belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.
  3. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
  4. Sesuaikan rasa dan angkat.

Cara membuat Ulam-Ulaman

  1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat kemudian masukkan garam, gula dan isi ikan.
  2. Tumbuk lagi hingga lumat.
  3. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
  4. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
  5. Susunkan ke dalam periuk kukus.
  6. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak

Cara membuat Ikan Goreng Celup Tepung

  1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
  2. Panaskan minyak.
  3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

Nasi Kerabu Terengganu dah siap dihidangkan. Nasi kerabu Terengganu memiliki banyak penggemar karena rasanya benar-benar lezat. Hindangkan nasi kerabu Terengganu ni untuk menu makan siang keluarga Anda. Sila coba resepi nasi kerabu terengganu di rumah. Jangan lupa untuk berbagi dengan rakan-rakan Anda. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Nasi Beriani Ayam Mudah dan Paling Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply