Resepi Nasi KFC Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Apa khabar hari ni? Semoga selalu sihat yer. Oiya maaf lahir batin ye buat semua kesalahan saye saat entry resepi nasi. Lepas hari raya Aidilfitri saye and family nak cuba makan in kfc kerana sikik bosan dengan makan masakan rumah. Sampai disana and you know panjang mintak ampun antrinya. Saye jadi muncul ide untuk post nasi ayam kfc yang pernah saye buat. Kerana tak mahu teman pon mengalami hal serupa dengan antrian yang panjang. Oke saye langsung kongsikan sahaja resepi nasi kfc tu. Tengok Jom.

Resepi Nasi KFC Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

Nasi

  • 2-3 pot beras (dibasuh bersih dan toskan)
  • 3-4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar/kuning (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 3-4 sudu mentega
  • 1 ketul stok ayam (chicken stock)
  • Air secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit

Sup

  • 1/2 ketul stok ayam (chicken stock)
  • 1/2 inci halia (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Serba 1 rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
  • 5-6 bebola ayam/ikan
  • Sedikit minyak
  • Air secukupnya
  • Garam, serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit daun bawang dan daun sup
  • Sedikit bawang goreng

Baca Juga : Resepi Nasi Kandar Kuning Mudah dan Istimewa

Sos Chili

  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji lada merah besar
  • 2 sudu cuka/limau nipis
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • * Alternatif lain boleh juga guna sos cili yang dalam botol macam dekat kfc tu….:)

Sos Kicap

  • 3-4 sudu kicap manis
  • * Untuk nasi ayam ala KFC ni Ida tak buat pun sos kicap, tapi Ida just gunakan kicap je.
  • Lagipun nasi ayam kat KFC tak de pulak letak kicap…:)

Ayam Goreng

  • Potongan ayam secukupnya.
  • Tepung menggoreng ayam serbaguna (salut dan perapkan pada ayam).
  • Ulam-ulaman
  • Timun batang (dihiris)
  • Salad
  • Tomato (dihiris)

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah Mudah and Sedap

Cara-cara:

Nasi

  1. Panaskan mentega. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan sekali seketul chicken stock biarkan larut dan hancur. Padamkan api.
  3. Kemudian masukkan semua bahan tumis ke dalam periuk beras yang dibasuh bersih tadi.
  4. Masukkan air secukupnya (Selalunya 2 cawan beras, 2 cawan air).
  5. Masukkan hanya sedikit serbuk kunyit supaya nasi nampak kekuningan. Kalau tak nak letak pun tak mengapa, sebab mentega sudah memberi kesan kekuningan pada nasi, cuma agak kuning pucat.
  6. Selapas itu masak nasi seperti biasa.

Sup

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bahan-bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan stok ayam dan biarkan memdidih.
  4. Masukkan bebola ayam/ikan.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  6. Biarkan masak seketika dan boleh angkat.
  7. Semasa menghidang, tabur bawang goreng dan daun sup/daun bawang.

Baca Juga : Resepi Sambal Hijau Nasi Padang Pedas dan Sedap

Sos Cili

  1. Kisar lada dan bawang putih bersama sedikit air.
  2. Tambah sedikit cuka atau air perahan limau nipis.
  3. Tambahkan garam dan sedikit gula.

Ayam Goreng

  1. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng ayam.
  2. Goreng ayam seperti biasa.
  3. Angkat dan toskan.

Cara Penyediaan

  1. Hidangkan semangkuk nasi yang telah masak tadi bersama semangkuk sup bebola ayam.
  2. Letakkan seketul ayam goreng tepung bersama ulam-ulaman dan juga sos cili dan juga kicap.

 

Mudah kan. Pasti lah teman pantas cuba resepi ni. Kerana memang sedap nasi kfc tu. Oke sekian entry resepi nasi kfc ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Kunyit Paling Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply