Resepi Nasi Kuning Ayam Masak Merah Mudah dan Paling Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman selalu sihat. Jumpa lagi denagn saya yang sudi berkongsi resepi dengan teman. Buat teman yang rajin ikut perkongsian blog ni saya nak kongsikan resepi nasi kuning ayam masak merah. Actually resepi nasi kuning pon elok dihidangkan dengan masakan lain seperti ikan etc. BUt saye memang gemar ayam masak merah so saya kongsikan resepi nya. Tengok jom.

Resepi Nasi Kuning Ayam Masak Merah

Bahan-bahan untuk nasi:

  • Rempah empat beradik – Bunga lawang,kulit kayu manis,cengkih dan buah pelaga
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula (nak bagi rasa lemak)
  • Daun pandan

Cara-cara:

  1. Masukkan sesudu butter / margerin
  2. Tumis bawang besar,bawang putih,rempah-ratus,daun pandan
  3. Bila naik bau,masukkan air (ikut sukatan beras)
  4. Bila air menggelegak,masukkan garam,gula,serbuk kunyit (ikut kesukaan banyak mana.Untuk aku just amik syarat nak bagi nampak kuning je)
  5. Masukkan beras (tutup periuk)
  6. *Aku suka tumis atas dapur kemudian transfer masuk rice cooker.Selalulah gaul-gaul beras dalam periuk tu nak bagi warna kuning tu jadi sekata.
  7. Tunggulah hingga masak.Siap.Mudahkan?

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Kenduri Sedap dan Mudah

Bahan Ayam Masak Merah

Bahan A

  • 1 ekor ayam – di potong 12
  • garam dan kunyit secukupnya – untuk menggoreng ayam
  • 2 batang serai – di ketuk
  • 1 labu bawang besar – di potong bulat
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 1 sudu besar gula melaka

Bahan B – Dikisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 10 tangkai cili kering – di rebus hingga lembut dan toskan
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram

Cara memasak

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit. Goreng hingga keemasa dan ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka dan renihkan hingga kuah benar-benar masak.
  4. Perasakan dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata.
  5. Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan kacang peas serta matikan api dapur.

Baca Juga : Resepi Nasi Bukhari Daging Simple dan Sedap

Bahan Acar 

  • Potong timun (ini aku guna zuchinni)
  • Carrot
  • Lada besar
  • Bawang besar
  • Cuka masakan
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Just gaulkan cuka masakan,gula dan garam
  2. Then masukkan bahan-bahan yang dah dipotong tu.Nak pedas potong cili masukkan dalam tu.
  3. Gaul.

Mudah bukan. Resepi ni elok dihidangkan kat hari raya or hari besar or hari jadi. So teman shud try at home. Kerana if teman nak punya hajat tak usah pesan masakn enough buat sendiri dengan bantuan teman lain. Oke sekian entry resepi nasi kuning ayam masak merah ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Nasi Beriani Kambing Paling Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply