Resepi Nasi Kuning Terengganu Paling Sedap

resepinasi.net – Hello kawan-kawan apa khabar semua? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Jumpa lagi dengan saya yang sentiasa setia berkongsi segala macam resipi nasi untuk anda. Siapa yang tidak pernah merasai nasi kuning terengganu? Nasi kuning Terengganu mempunyai rasa yang sedap dan disukai oleh ramai orang. Nasi kuning ni biasanya dihidangkan untuk majlis-majlis pejabat atau untuk makan tengahari. Nasi kuning terengganu paling sedap di Hidangkan bersama kuah gulai. Jika anda ingin membuat nasi kuning terengganu yang paling sedap, anda berada di right blog. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi nasi kuning terengganu asli dan kuah gulai yang sedap untuk Anda. Ini adalah resipi dari warisan keluarga. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Resepi Nasi Kuning Terengganu Paling Sedap

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

Bahan-Bahan Untuk Nasi Kuning Terengganu

  • Sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • 1 inci halia
  • 2 labu bawang besar (dimayang )
  • 2 helai daun pandan
  • 4 cawan beras
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • Sedikit minyak masak
  • 4 cawan air

Bahan-Bahan Untuk Kuah Gulai

  • 1 1/2 kg ikan tongkol atau aya
  • 1 bungkus rempah gulai nasi dagang
  • 130 gm bawang merah
  • 5 hiris lengkuas
  • 4 hiris halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar cili boh
  • Sedikit gula melaka
  • Secubit garam
  • 2 cawan santan
  • 2 keping asam gelugur
  • Sedikit belacan
  • Sedikit cili kecil

Cara-Cara

Cara Membuat Nasi Kuning Terengganu:

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bunga cengkih kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, halia dan bawang besar yang telah dimayang.
  3. Biarkan kekuningan baru masukkan beras yang telah dibasuh tadi.
  4. Masukkan air, daun pandan dan secubit garam serta pewarna kuning. Kacau sekejap, tutup dan biarkan nasi masak diatas api kecil.

Cara Membuat Kuah Gulai:

  1. Ikan direbus dengan sedikit air yang dicampur dengan secubit garam dan asam gelugor.
  2. Bawang merah, halia, bawang putih, dan belacan dikisar.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan lada boh hingga garing kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi serta lengkuas.
  4. Kemudian masukkan rempah gulai nasi dagang yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  5. Biarkan sekejap.
  6. Setelah itu masukkan sedikit air rebusan ikan tadi dan santan. Biarkan mendidih baru masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi. Kemudian masukkan gula melaka.
  7. Apabila mendidih dan naik minyak bolehlah ditutup api lalu diangkat untuk dihidangkan dengan memasukkan beberapa biji cili kecil ke dalam gulai.
  8. Gulai ini sedap dimakan dengan nasi kuning.

Nasi kuning terengganu dengan kuah gulai dah sedai disajikan. Nasi kuning ni memiliki cita rasa yang istimewa dan benar-benar sedap. Nasi kuning terengganu dikenal hampir seluruh wilayah di Malaysia. Jika Anda belum pernah mencubanya masakan ini, Anda harus mencubanya. Sekarang Anda tidak lagi harus pergi ke sebuah kedai makan untuk mencuba nasi kuning terengganu, kerana sekarang Anda dapat membuat sendiri di rumah. Sila cuba resepi nasi kuning terengganu ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan Anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Kerabu Terengganu Paling Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply