Resepi Nasi Lemak Hijau Simple dan Sedap

resepinasi.net – Hello… Bagaimana khabar rakan-rakan semua? Semoga semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Telah lama saya tidak berasa lazatnya nasi lemak hijau. Ini adalah nasi lemak yang benar-benar lazat, Bau harum pandan dan rempah membuat nasi lemak hijau ni banyak peminat. Niat di hati ingin mencuba membuat sendiri nasi lemak hijau ni di rumah, saya search di internet. Setelah mendapat resipi, saya coba resepi ni di rumah. Hasilnya tidak mengecewakan, rasanya benar-benar sedap. Anda harus mencubanya di rumah untuk merasai nasi lemak hijau yang sedap ni. Saya akan berkongsi resipi nasi lemak hijau untuk Anda mencuba di rumah. Saya dapat resipi ini dari Amy Beh dan saya C&P dari rumah Che Mat Gebu. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Lemak Hijau Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ayam Simple dan Sedap

Bahan-Bahannya

  • 4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
  • 4 cwn santan (1 biji kelapa parut)
  • 1 cawan air utk di kisar bersama 10 helai daun pandan >>di kisar halus dan tapiskan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 inci halia, diketuk
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 5 kuntum bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

Bahan Sampingan

  • Sambal tumis udang
  • Hirisan timun dan tomato
  • Ikan/ayam goreng
  • Telur dadar/rebus
  • Apa2 lauk kegemaran masing2

Cara membuatnya

  1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 5 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan “ON” dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
  4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!

Nasi lemak ni hijau memang mempunyai rasa yang sedap. Terima kasih Che Mat Gebu telah berkongsi resipi istimewa ni. Anda boleh menambah hidangan sampingan seperti ayam goreng Serai, ayam kari merah, atau sesuai citarasa anda. Sila cuba resepi nasi lemak hijau ini di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Simple dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Incoming search terms:

Leave a Reply