Resepi Nasi Lemak Kukus Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sihat semua teman. Masih berpusing cari ide resepi nasi. Cuba la teman tengok isi blog ni. Pelabagai resepi nasi ade dsini. Kerana saye pon still belajar masak resepi. Boleh pulak yer belajar sembari berkongsi resepi. Entry kali ni saye nak kongsikan resepi nasi lemak kukus. Dah cakap kat entry sebelumnye nasi lemak tu banyak macam nye. Selain tu sedap nyee. Ye la tak perlu banyak cakap langsung sahaja teman tengok resepi bahan dan cara-cara jom.

Resepi Nasi Lemak Kukus Mudah dan Sedap

Bahan Nasi Lemak Kukus

Bahan-bahan:

  • 5 cawan beras ( atau secukupnya )
  • Santan pekat ~ secukupnya
  • 3 helai daun pandan
  • 1 inci halia ~ dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula ( secubit )

Cara penyediaan:

  1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
  2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
  3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk.
  4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
  5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.
  6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
  7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik.

Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Baca juga : Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Berbuka Puasa

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 15-20 tangkai cili kering ~ dikisar ( jika nak pedas tambah lagi )
  • 6 ulas bawang merah ~ dikisar
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1-2 labu bawang besar ~ dihiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian angkat dan toskan minyaknya.
  2. Lebihan minyak tadi, gunakan utk menumis sambal.
  3. Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.
  4. Goreng cili dgn api yg perlahan sehingga pecah minyak dan cili betul2 masak/garing.
  5. Kemudian masukkan sedikit air, air asam jawa, garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis.
  7. Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.
  8. Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.

Kalau suka blhlh letakkan sedikit belacan.

Bahan sampingan lain:

  • Ikan bilis goreng, kacang tanah(digoreng), telur rebus dan hirisan timun.

Sedap nyerr. Pantas la jadi kegilaan banyak orang Melayu kerana sedap nye. Oke sekian entry resepi nasi lemak kukus ni. Rakan bisa cuba dirumah yer. Semoga berfaedah and selamat mencuba.

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap dan Faedahnya Untuk Kesihatan

Incoming search terms:

Leave a Reply