Resepi Nasi Lemak Pandan Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Senang rasa hati ni bisa berkongsi kembali bersama teman. Kali ni saya nak kongsikan resepi nasi lemak pandan. Resepi nasi lemak pandan ni merupakan varian nasi lemak yang biasa kat buat or original. Beza nye warna nasinye sikik kehijauan. But saye variasikan lagi resepi ni. Untuk lauknya saye guna sambal ikan bilis yang famous sedap nyer tu and masak ayam goreng. Teman tau la ayam goreng tu macam menu yang wajib ada di masakan. Oke la tanpa banyak cakap saye langsung sahaja kongsikan resepi bahan and cara cara memasak nasi lemak pandan tu.

Resepi Nasi Lemak Pandan Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :

  • 5 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 1 ½ cawan pati santan – Kak Noor gunakan santan sawit KHALIS
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 10 helai daun pandan – diblend dengan air
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • 2 inci kayu manis
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit biji lada hitam
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 inci halia – diketuk
  • 1 batang serai – diketuk
  • ½ kiub Ayam Knorr
  • Garam dan gula secukup rasa

Baca Juga : Resepi Nasi Dagang Terengganu Mudah dan Sedap

Penyediaannya :

  1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  2. Daun pandan dibersihkan dan dipotong kecil. Masukkan dalam blender bersama 6 cawan air dan diblend halus (gunakan sukatan cawan yang sama semasa menyukat beras). Kemudian ditapis dan diambil airnya. Ketepikan.
  3. Campurkan 1 ½ cawan pati santan bersama air pandan dan pewarna hijau.

Cara-cara Memasak :

  1. Panaskan (on) rice cooker. Masukkan campuran pati santan dan air pandan, halia, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, hirisan bawang besar, biji lada hitam, kiub pati ayam Knorr, garam, dan gula. Kacau rata dan masak sehingga santan mendidih.
  2. Selepas santan mendidih, masukkan beras. Masukkan daun pandan dan kacau rata. Masak seperti biasa sehingga nasi masak. Gemburkan.
  3. Biarkan rice cooker senantiasa `on’. Sedap dimakan ketika nasi panas.

mmm Sedap tak mahu kalah banding nasi lemak original. Nasi lemak pandan ni elok dihidangkan saat makan petang or makan pagi. Elok pulak dihidangkan saat hari raye kenegaraan. Oke sekian entri resepi nasi lemak pandan ni. Semoga berfaedah untuk teman dan Selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply