Resepi Nasi Lemak Sedap Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga selalu sihat teman perkongsian resepi nasi disini. Nasi lemak ialah nasi yang dimasak menggunakan santan untuk menambah rasa lemak yang lazat. Ada juga yang menambahkan daun pandan untuk menambah aroma lemak nasi lemak ni menjadi lebih harum. Nasi lemak ini biasanya dihidangkan bersama kacang tanah goreng, bilis goreng, timun, telur rebus, dan sambal bilis. Ini adalah salah satu nasi yang menjadi kegemaran untuk rakyat Malaysia. Banyak gerai menjual nasi lemak. Tetapi, anda tidak perlu pergi ke gerai-gerai makanan untuk menikmati sedapnya nasi lemak ni, kerana anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Masa ini, saya akan berkongsi resepi nasi lemak sedap yang anda boleh cuba di rumah. Selain mempunyai kelazatan, nasi lemak ini juga mudah untuk membuatnya. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Lemak Sedap Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa

Baca juga : Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Simple dan Sedap

Nasi Lemak

Bahan UntuK Nasi Lemak

  • 3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
  • 3 cawan santan segar
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 serai diketuk
  • 1 bawang merah – dicincang
  • Sedikit garam

Bahan Tambahan Nasi Lemak

  • Kacang tanah – digoreng
  • Ikan bilis – digoreng
  • Telur – direbus,
  • Timun

Cara Untuk Memasak Nasi Lemak

  1. Masukkan semua bahan beras, halia, bawang merah, serai, dan santan, sedikit garam, daun pandan, kacau hingga sebati di dalam periuk nasi.
  2. Biarkan semuanya terendam dalam santan kira-kira dalam 5 minit, gaul rata
    Tanak nasi seperti masak nasi biasa.
  3. Apabila nasi telah masak gaul nasi lemak dengan menggunakan garfu supaya menjadi gebu.
  4. Nasi lemak siap dihidangkan bersama, kacang tanah goreng, bilis goreng, timun, telur rebus, dan sambal bilis

Sambal Nasi Lemak

Bahan UntuK Sambal Nasi Lemak

  • Minyak masak – untuk menumis
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang merah – dikisar halus
  • 1 ulas bawang putih – dikisar halus
  • 4 sudu besar cili giling
  • Sedikit air asam jawa – 2 sudu besar (boleh ganti dengan 1/2 limau kasturi)
  • Gula
  • Garam
  • Air
  • Sedikit Ikan bilis yang telah digoreng

Cara Untuk Memasak Sambal Nasi Lemak

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih yang dikisar, tumis sehingga bau wangi.
  2. Masukkan cili giling, halia, air asam jawa, gaul rata. Masukkan sedikit air, serta sedikit gula dan garam secukup rasa, gaul hingga sebati tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Akhir sekali masukkan bilis goreng ke dalam sambal, gaul sehingga sebati.
    Sambal siap dihidangkan bersama nasi lemak.

Nasi lemak dah siap di hidangkan. Hidangkan nasi lemak untuk makan tengahari, makan malam, atau berbuka puasa bersama keluarga. Nasi lemak menjadi kegemaran dengan ramai orang kerana ia mempunyai rasa yang sedap. Nasi lemak yang dijual pada gerai-gerai makanan memanglah sedap. Tetapi, anda boleh membuatnya sendiri dan mempunyai rasa yang tidak kurang sedap daripada yang dijual di gerai makan. Sila cuba yang sedap resepi nasi lemak sedap ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat Mencuba 😉

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Simple dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Incoming search terms:

Leave a Reply