Resepi Nasi Mandi Kambing Sedap and Mudah

resepinasi.net – Assalamuallaikum and salam sejahtera teman sume. Semoga teman dah peroleh rezeki berganda hari ni and esok yer. Kali ni saya nak kongsikan resepi nasi mandi kambing yang sedap and mudah lagi menyelerakan tu. Yap Resepi nasi mandi kambing iaitu resepi yang berbahan dasar daging kambing. Untuk pengila daging kambing boleh la cuba resepi ni at home or request untuk buat resepi nasi mandi kambing ni at home. Untuk yang nak buat boleh semak and sedia bahan bahan seperti resepi kat bawah ni. Jom semak resepinya.

Resepi Nasi Mandi Kambing Sedap and Mudah

Bahan-bahan :

Bahan A:

  • 4cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 2 labu bawang besar -potong dadu
  • 5 ulas bawang puteh – mayang
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • 1/2 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • 1 ketul arang – dibakar hingga jadi bara(bakar ketika mula nak ON rice-cooker masak nasi))

Bahan B

  • 1 kilo daging kambing
  • 1 inci halia ditumbuk
  • 2 sudu besar rempah Mandy
  • 2 helai daun salam
  • secubit safron
  • 1 sudu makan minyak zaitun untuk lumur
  • air mengikut sukatan hingga daging lembut dan tinggalkan 5 cawan untuk masak nasi
  • garam secukup rasa

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Chef Sabri Celebrity yang Sedap and Lazat

Cara-cara Memasak :

  1. Kesemua bahan B di-didihkan di dalam periuk hingga daging lembut. Angkat daging dan toskan. Lumurkan daging ini dengan minyak zaitun. Manakala air rebusannya sebanyak 5 cawan disimpan untuk memasak nasi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang besar dan bawang puteh. Setelah menjadi sedikit kemerahan, masukkan tomato sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan daging tadi.
  4. Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan daging kambing di atas nasi dan buatkan lubang di tengah-tengah nasi. Letakkan aluminium foil di tengah-tengah nasi. Masukkan minyak zaitun dan arang yang telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan tudung periuk nasi supaya aroma asap dari arang terperangkap di dalam periuk.
  5. ON-kan balik rice-cooker, masak lagi sehingga 5 – 10 minit. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.

Bahan-bahan untuk salsa:

  • 2 biji buah tomato – potong dadu (dibuang biji untuk elakkan berair).
  • 1 batang timun dibuang biji – potong dadu
  • 1 labu bawang besar – potong dadu
  • 2 tangkai cili merah – dimayang halus
  • 2 tangkai cili hijau – dimayang halus
  • 5 tangkai cili padi – dimayang halus
  • 1 biji lemon diperah ambil jusnya
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • garam
  • gula 1 sudu besar
  • daun ketumbar – di mayang

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Beras Biasa Simple and Best Sedap

Cara-cara Memasak :

  1. Campurkan kesemua bahan2 di atas, gaul mesra kesemuanya di dalam mangkuk. Perisakan sehingga secukup rasa dan sedia dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Hurm sedap nyerr. Dah pasti la untuk pengila nasi kambing ni merupakan resepi best diantara yang lain. Resepi ni biasa dihidangkan kat kedai satay or kedai makan biasa. Oke sekian kongsi resepi nasi mandi kambing yang sedap ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Paling Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

Leave a Reply