Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah Mudah and Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Doa selalu panjatkan agaknya teman sihat selalu. Jumpa lagi dengan saye yang sudi berkongsi resepi dengan teman. Entry kali ni saye nak kongsikan resepi nasi minyak ayam masak merah. Kerana memang famous betul masakan ni. So saye kongsikan sahaj untuk teman. Oke langsung ja tengok bahan and cara cara jom.

Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah Mudah and Sedap

Bahan-bahan

  • 4 cawan Beras basmathi taj mahal
  • Bawang besar 1 biji *
  • bawang putih 5 biji *
  • halia 1/2 inci *
  • Fresh milk ducth lady 200ml (ini saya tambah sendiri)
  • kiub ayam 2 ketul
  • Pati ayam 3 sudu besar
  • Daun pandai 3 helai
  • Air suam
  • Minyak sapi
  • Garam secukup rasa

Yang bertanda * sila tumbuk untuk lebih enak.. Kalau malas blend aje saya tumbuk sampai halus

Rempah tumis

  • Bunga lawang 2
  • Bunga cengkih 4
  • Buah pelaga 3
  • Kulit kayu manis 1

Hiasan

  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Pewarna kuning telur
  • Pewarna oren

Baca Juga : Resepi Sambal Hijau Nasi Padang Pedas dan Sedap

Cara-caranya

  1. Sebelum masak sila on kan dulu rice cooker
  2. Bersihkan beras dan Rendamkan beras basmathi Taj Mahal selama 20 minit
    Tumiskan bahan yang bertanda * sehingga sehingga naik baunya bersama daun pandan
    Didalam kuali dengan minyak sapi
    Masukkan beras tadi dan gaul goreng dalam dalam seminit dua
    Tutup api dapur
    Kemudian masukkan kesemua kedalam rice cooker yang telah di on kan tadi
    Masukkan susu ducth lady kedalam ramuan beras tadi berserta air secukupnya
  3. Kemudian masukkan kiub ayam maggie tadi berserta pati ayam
    Kacau nasi tadi dan pastikan sukatan airnya seperti kita masak nasi biasa
    Tutup periuk elak buka ketika proses nasi berjalan..
  4. Tip elak membuka tudung periuk semasa proses nasi sedang masak..nanti nasi tak gebu tak masak
  5. Setelah masak masukkan bawang yang telah digoreng dan daun sup serta daun bawang
    Jangan lupa titiskan sedikit pewarna yang disebut untuk kelihatan kebih berseri nasinya

Baca Juga : 5 Resepi Nasi Spesial Untuk Hidangan Hari Raya

Ayam Masak Merah

Bahan bahan

  • Ayam seekor potong kecil
  • Bawang besar 2 biji *
  • Bawang merah 10 biji *
  • bawang putih 8 biji *
  • Halia 1/2 besar ibu kaki *
  • Lengkuas 1/2 inci *
  • Serai 2 batang diketuk
  • Cili kering diblender 3 sudu
  • Cili sos 2 sudu
  • Tomato sos 2 sudu
  • Puri tomato 3 sudu
  • Pati ayam maggie 2 sudu
  • Susu segar ducth lady 100ml/ susu cair
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Kunyit untuk menggoreng ayam
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto

Rempah tumis

  • Bunga lawang 2
  • Bunga cengkih 3
  • Buah pelaga 3
  • Kulit kayu manis 1

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Chef Wan Sedap Dan Mudah

Cara caranya

  1. Bersihkan ayam dan potong saiz kecil gaulkan dengan kunyit dan garam..
    Sedia untuk digoreng
    Selesai goreng letak sebelah..
  2. Kita buat kuah ayam masak merah pulak..jom!
  3. Biarkan minyak panas dan tumis bahan yang diblender serta serai sehingga naik bau
    Masukkan cili blender ,cili sos,dan tomato sos dan tomato puri tumis sehingga garing dan pecah minyak
    Kemudian masukkan susu tadi.kemudian kalau nak kuah lebih tambahkan sedikit air
    Masukkan garam..gula..dan ajinamoto secukup rasa
  4. Biarkan seketika mendidih
    Setelah selesai masukkan ayam yang telah digoreng tadi gaul sebentar..
    Sedia untuk diangkat dan dihidang!
  5. Ok nasi minyak stail kita ni Sedia dihidang bersama ayam masak merah dan acar sayur!!

Elok sangat hidangan ni. Macam mana tak tahan makan masakan ni. Sedap yerrr. Teman shud try at home yer. Kerana memang famous and sedap betul maskan ni. Oke sekian entry resepi nasi minynak ayam maska merah ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Nasi Kerabu Kedah Istimewa dan Mudah

Leave a Reply