Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera sume. Semoga teman sume selalu dpermudah jalan rezeki nya. Kali ni saya nak kongsikan resepi nasi minyak ayam masak merah. Actually resepi ni merupakan dua resepi yang berbeza buta saya hidangkan bersama untuk lunch or makan petang. Bahan-bahan resepi ni mudah didapat in market so jgn kedekut takde bahan ye. Resepi nasi minyak merupakan diantara ramai kegemaran rakyat melayu and di hidangkan besama ayam masak merah jgak merupakan favourite ramai orang. SO saye nak kongsikan ja bahan-bahan and cara cara masak. Jom Semak

 

Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah

Resepi Nasi Minyak

Bahan A:

  • 3 Mangkuk beras

Bahan B:

  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 3 1/2 mangkuk air

Bahan C:

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar marjerin
  • rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang
  • 4cm halia – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 sudu besar rempah beriani

Bahan D:

  • 2 sudu besar air mawar
  • 3 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar susu pekat
  • garam secukup rasa
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara:

  1. Rebus Bahan B di dalam periuk nsi
  2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. kemudian tumis kesemua Bahan C hingga kekuningan.
  3. Masukkn rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat dan kemudian matikan api.
  4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi.
  5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan ir limau nipis, kacau lagi dan tutup periuk.
  7. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidang.
  8. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Johor Sedap Istimewa Wajib Cuba

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan A:

  • 1 ekor ayam – potong 12
  • 2 mangkuk minyak
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar garam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan

Bahan B : kisar

  • 1 batang serai
  • 4cm lengkuas
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 4cm halia
  • 2 cm kunyit

Bahan C:

  • 3 sudu besar madu atau gula merah
  • 2 sudu besar gula
  • 1 mangkuk sos tomato
  • 1 sudu besar garam
  • 1/2 mangkuk air

Cara-cara:

  1. Gaulkan daging ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak.
  2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga terbit minyak atau sehingga masak.
  3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
  5. Akhir sekali masukkan daun limau purut.

Cara Penyediaan :

  1. Hidangkan Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah suka suka supaya cantik dan bangkitkan selera makan.

Itulah bahan-bahan and cara caranya yer. Resepi ni elok dihidangkan kapanpon. Bisa dihidangkan untuk lunch or mkn petang. Boleh pulak teman hidangkan untuk tetamu yang hadir at home. Kerana ramai penggemar resepi ni so teman shud try ya. Oke sekian kongsi resepi nasi minyak ayam masak merah ni. Semoga berfaedah untuk teman and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus Sedap dan Mudah

 

Incoming search terms:

Leave a Reply