Resepi Nasi Minyak Spesial Hari Raya Aidilfitri

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Kembali lagi dengan saye yang sudi berkongsi resepi dengan teman. Kerana raya dah dekat lagi saye nak kongsikan resepi nasi minyak spesial hari raya aidilfitri. Walaupon saye sikik busy but saye tak lambat berkongsi resepi kat blog ni. Oke banding saye bercakap takde arah teman langsung sahaja tengok resepi yer.

Resepi Nasi Minyak Spesial Hari Raya Aidilfitri

Bahan- Nasi Minyak

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras biasa
  • 3 cawan air (mengikut jenis beras ye… klu perlu lebih, lebihkan..)
  • 1/2 biji bawang besar – mayang
  • 1 btg kayu manis, sebiji pelaga, sekuntum bunga cengkih dan bunga lawang
  • 2sb minyak sapi
  • 1 ketul kiub ayam
  • daun pandan simpul
  • serbuk kunyit sbg pewarna
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Cuci beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah tumis dan goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan daun pandan, kiub ayam dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan beras. Gaul mesra.
  4. Masukkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa.
  5. Alihkan ke dalam rice cooker dan tekan button ‘start’. Sementara itu sediakan Ayam masak merah dan juga acar timun.

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Spesial Hari Raya Aidilfitri

Bahan Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (size kecil) – potong kecil
  • garam dan serbuk kunyit
  • 1/2 biji bawang besar – mayang
  • *3 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1/2 biji tomato
  • * 2 tangkai cili merah
  • 1 btg serai – ketuk
  • 1 btg kayu manis, 1 bunga lawang dan buah pelaga
  • 1sb cili kisar – ikut kepedasan masing2. hana buat tak pedas
  • 2sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Air, garam dan gula

Cara-cara

  1. Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Kisar bahan *. Panaskan minyak kemudian tumis bhn kisar. Masukkan rempah tumis, serai dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos cili dan air sedikit.
  3. Perasakan dgn gula dan garam. Masukkan ayam. Gaul mesra.Didihkan sebentar kemudian matikan api.
  4. Jika suka boleh tambahkan hirisan tomato dan daun ketumbar.

Baca Juga : 5 Resepi Nasi Spesial Untuk Hidangan Hari Raya

Bahan Acar Timun & Carrot

Bahan-bahan

  • 1 biji timun jepun
  • 1/2 btg carrot
  • 1 tangkai lada merah
  • 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula
  • sedikit cuka makan

Cara-cara

  1. Hiris timun dan carrot. Potong lada menyerong. Mayang bawang besar.
  2. Dalam mangkuk satukan semua bahan. Gaul dan hidangkan.

Sedap yer. Pantas lah korang jadi hidangan open hous eraya aidilfitri nanti. Selain tu resepi ni memang sedap famous kali. Oleh itu saye kongsikan dengan teman. Oke sekian entry resepi nasi minyak spesial hari raya aidilfitri ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

sumber : hanamemories.blogspot.com

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Acar Timun Mudah

Incoming search terms:

Leave a Reply