Resepi Nasi Minyak Terengganu Mudah dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua. Semoga teman sihat always. Lelah berlebih hari ni. Biasa la activity ibu suri tu sangat mulia and menyenangi hati. Kalli ni saye nak kongsikan resepi nasi minyak terengganu. But maaf ye la saye tak bisa banyak cakap kali ni kerana memang lelah sangat. Oke langsung sahaja teman tengok resepi bahan and cara-cara nye.

Resepi Nasi Minyak Terengganu Sedap dan Mudah

Baca juga : Resepi Nasi Goreng Kimchi Korea Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Utama

  • Beras (Saye guna 4 cawan)
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 3 biji bawang merah (kisar)
  • 3cm halia di ketuk
  • 1/2 tin susu cair
  • Marjerin (bagi klasik skit) (Saye guna 2 sudu besar)
  • Minyak masak
  • Sirap & sunquick (Saye guna 1 sudu besar sirap & 2 sudu besar sunquick)
  • Air mengikut sukatan beras
  • 2 helai daun pandan

Rempah kasar

  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 btg kulit kayu manis

Cara-cara membuat

  1. Panaskan kuali, masukkan marjerin bersama minyak masak.
    Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau atau buah pelaga menjadi kekuningan.
  2. Masukkan bawang yang di kisar then bawang besar yang dihiris mayang dan halia yang telah diketuk.Tumis sampai bawang tadi sedikit garing.Masukkan daun pandan.
  3. Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masukkan 1 cawan air (if korang guna cawan sebagai sukatan beras).
  4. Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jadi color merah skit.Biarkan ia mendidih sekejap.
  5. Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras tadi sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras,tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi. Seeloknya, lebihkan sedikit air.Biarkan ia mendidih sekejap- Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam periuk.
  6. Masukkan sedikit garam.
  7. Selepas nasi kering @ nak masak, masukkan sedikit sunquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
  8. Ok, dah siap. Boleh dihidang bersama gulai ayam/daging.

Untuk gulai ayam

Bahan-bahan

  • Seekor ayam (potong sederhana la ye)
  • 3 biji ubi kentang (potong 4/6)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 2 biji bawang putih (kisar)
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 10 biji cili kering (kisar)
  • Rempah 4 serangkai – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
  • Rempah masak ( terbaekk kalau guna cap Rose- asli dr Ganu kite) (sedihnya Saye xde stok. Guna Babas je, itu yg merah je color, kalau ori cap Rose macam kelabu2 kurma skit)
  • Santan (Saye guna 1 tin santan pekat)
  • Garam
  • Gula/nise(gula melaka)
  • Air
  • Minyak

Cara-cara :

  1. Mula2 tumis rempah 4 serangkai hingga garing, kemudian masukkan bahan2 kisar. Goreng hingga garing.
  2. Apabila dah pecah minyak, masukkan 1 sudu gula @ 1 kerek nise. Kemudian, baru masukkan 4 sudu besar rempah masak (cairkan dengan 1 cawan air).
  3. Masak lagi sehingga rempah sedikit kering & garing.
  4. Masukkan ayam & kentang, juga bawang besar. Gaul rata & biarkan selama 5 minit.
  5. Apabila isi ayam & kentang sudah hampir masak baru masukkan santan pekat. Biarkan mendidih.
  6. Apabila santan telah mendidih, masukkan 1-2 cawan air (ikut citarasa nak cair @ pekat).
  7. Akhir sekali, masukkan garam. Siap

Aksesori kalau makan nasi minyak ni cuma sambal belacan & acar mentah.

Baca Juga :

Acar mentah

Bahan-bahan

  • 1 btg timun batang (hiris panjang2)
  • 1 btg carrot (hiris panjang2)
  • 2 biji cili merah (hiris panjang2)
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis2) -Saye tak letak
  • 3 sudu cuka
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan & gaul sebati.
  2. Biarkan dalam peti sejuk seketika supaya rasanya diserap sekata.

Sambal Belacan

Bahan-bahan

  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili padi (kalau suka pedas le)
  • Belacan (terpulang le byk mana ikut citarasa)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 biji perahan limau nipis

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis.
  2. Apabila dah lumat, perah limau nipis.
  3. Siap.

mmm Sedap nyerr nasi minyak terengganu tu. Teman shud try kerana memang sedap and buat nagih. Hidangan ni elok dihidangkan saat makan petang and hari raye. Oke sekian entry resepi nasi minyak terengganu ni. Semoga berfaedah and Selamat mencuba.

Baca juga : Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Untuk Perayaan Idul Fitri

Leave a Reply