Resepi Nasi Minyak Untuk 50 Orang Hidangan Majlis yang Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman dah menjemput rezeki berganda hari ni and sihat selalu. Kali ni saya nak kongsikan resepi open house saat raya. Teman boleh cuba dahulu utk hidangan 50 orang. But untuk anggota keluarga sendiri juga di tambahkan ye. Saya nak kongsi resepi nasi minyak 50 orang. Untuk teman nak usaha catering pon boleh tengok resepi ni. Oke la langsung sahaja saya kongsikan resepi nya.

 

Resepi Nasi Minyak Untuk 50 Orang

Bahan nasi

  • 5 kg beras Siam/beras biasa
  • 650ml susu cair
  • 5 biji bawang besar – mayang
  • 20 ulas bawang putih – mayang
  • 2 inci halia – hiris
  • 5 helai daun pandan – hiris
  • 10 sudu besar minyak masak
  • 10 sudu besar majerin
  • 5 sudu besar minyak sapi
  • 6.25liter air
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna merah sedikit

Bahan tumis nasi

  • 5 batang kulit kayu manis
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 kuntum bunga lawang
  • 10 kuntum bunga cengkih

Bahan gulai

  • 5 ekor ayam -potong
  • 650ml santan pekat
  • 15 sudu besar rempah kari nasi minyak
  • 15 sudu besar cili giling
  • 10 sudu besar kerisik
  • 15 biji kentang dibelah
  • 100ml air asam jawa
  • Gula melaka, gula, garam dan air secukup rasa.
  • 50 biji Telur rebus ( jika tiada juga boleh- sebaiknya ada baru terengganu )

Bahan kisar gulai

  • 20 biji bawang merah
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup

Bahan tumis gulai

  • 5 batang kulit kayu manis
  • 15 kuntum bunga cengkih
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 kuntum bunga lawang

Bahan Jelataah Mentah @ acar Mentah

  • 2 batang timun buang isi rung, potong memanjang ( 1 inci )
  • 6 biji Bawang kecil di mayang
  • 1 batang Cili Merah dimayang
  • 1/2 batang lobak merah potong menajang halus ( 1 inci )
  • 2 biji perahan Limau Nipis
  • 3 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil garam

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Panggang Mudah dan Sedap

Cara-cara Penyediaan

Tanak Nasi @ Masak Nasi

  1. Beras dibersihkan dan tos airnya.
  2. Minyak dipanaskan bersama majerin dan minyak sapi.
  3. Tumiskan bahan tumis bersama bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga berbau wangi.
  4. Masukkan air dan kacau rata, biar mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan beras, susu cair serta garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan nasi masak.
  6. Setelah masak , renjiskan sedikit pewarna merah.Tutup nasi biar 5 minit, kemuidan gembar gemburkan nasi dan siap untuk dihidang

Masak gulai

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama cili giling. Biarkan sehingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau.
  3. Apabila garing, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama air, kacau rata hingga naik minyak.
  4. Setelah itu, masukkan ayam bersama kentang serta air asam jawa dan bairkan masak seketika.
  5. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan garam, gula, gula melaka secukupnya dan biarkan mendidih dan pekat kuahnya.
  7. Biar dengan api perlahan untuk lembutkan ayam.
  8. Dah puas hati,baru masukkan telur rebus , biar sebentar dan akhir sekali angkat dan hidang bersama nasi minyak, acar dan sambal.

Jelataah Mentah atau acar mentah

  1. Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, gaul mesra dan simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum dihidang.

Itulah bahan-bahan and cara-cara buat nya. Resepi ni biasa dihidangkan dalam open house. Jika teman nak cuba silakan share hasil resepi ni. Oke sekian kongsi resepi nasi minyak untuk 50 orang ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kuah Nasi Dagang Paling Sedap

Incoming search terms:

Leave a Reply