Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Acar Timun Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. I hope teman selalu sihat. Oke kali ni saye nak kongsikan resepi yang famous kali and banyak variasi. Saye nak kongsikan resepi nasi tomato ayam masak merah acar timun. Kerana saye senang acar timun pulak so saye kongsikan resepi ni. Actually cara nasi tomato pon sikik berbeza dari sebelumye. Beza nya saye tambahkan acar timun pada resepi ni. Oke langsung sahaja tengok resepi nya.

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Acar Timun Mudah

Bahan Nasi Tomato

  • 5 cawan beras
  • cuci dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato – cincang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 s/b majerin /minyak sapi
  • 5 s/mb minyak
  • Garam secukup rasa -Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
  • daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis

  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang
  • kismis hitam untuk hiasa ( aku tambah )

Cara-Cara

  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
  2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
  4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
  5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Mudah Pemula Wajib Cuba

Bahan Ayam Masak Merah

Bahan A

  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Minyak masak secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Bahan B

  • 15 tangkai cilikering Kisar
  • 2 inc halia ~ kisar
  • 3 ulas bawang putih ~ kisar
  • 1 labu bawang besar ~ kisar
  • 2 batang serai ~ titik
  • 4 biji tomato ~ potong baji
  • kacang peas untuk hiasan ( aku tambah )

Cara-Cara

  1. Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
  4. Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
  5. Gaulkan sehingga sebati
  6. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.

Baca Juga : Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Noxxa Simple dan Sedap

Bahan Acar Timun

Bahan-Bahan

  • 2 biji timun ~ buang kulit dan belah 4 kemudian potong kecil
  • 1 biji nenas ~ buang kulit, belah lapan dan potong kecil
  • 1 batang lobak merah ~ sagat halus memanjang / potong mancis
  • 4 biji cili padi ~ di hiris
  • 1 batang cili hijau ~ potong mancis
  • 2 labu bawang besar ~ di hiris
  • 10 camca besar cuka ( aku kurangkan )
  • 100 gm kacang tanah ~ di goreng dan di tumbuk kasar ( jika suka)
  • 1 sudu besar bijan ~ di sangai tanpa minyak ( jika suka)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

  1. Satukan nenas dan timun di dalam mangkuk besar
  2. Masukkan lobak merah, cili padi dan cili hijau
  3. Tambahkan cuka masakan.
  4. Gaul semua bahan rata
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Hidangkan di dalam pinggan
  7. Taburkan kacang tanah dan bijan sebagai hiasan

mmm Lengkap sudah. So sedap nyerrr. Rakan shud try yer. kerana memang sedap nasi tomato dihidangkan bersama ayam masak merah and acar timun. Hidangan ni bisa jugak teman hidangkan akt majlis at home. Oke sekian entry resepi nasi tomato ayam masak merah acar timun ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba :D.

Baca Juga : Resepi Nasi Daging Berempah Simple dan Sedap Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa

Incoming search terms:

Leave a Reply