Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Chef Wan Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua. Semoga teman semua sihat selalu. Disini ada yang tak kenal chef wan? Chef wan tu salah satu celebrity chef yang dah famous kali. Beliau dah banyak berkarya dalam dunia resepi masakan. Diantara karya nya tu resepi nasi tomato ayam masak merah chef wan yang sedaaap and lazaat. Saya cuba resepi tu and yaa walopun tak dapat membandingkan kelazatan nya but saya puas hati dah bisa masak seperti beliau. Untuk teman yang nak cuba nasi tomato chef wan saya kongsikan berikut bahan-bahan and cara cara. Joom semak

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Chef Wan Sedap dan Mudah

 

Bahan-bahan Nasi :

  • 2 biji tomato – potong dadu
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar sos tomato – ada jugak orang guna tomato puri
  • 2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
  • Beras

Cara-cara Memasak Nasi :

  1. Panaskan butter bersama dengan minyak tadi..Pastikan api jangan terlalu besar
  2. Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
  3. Kacau sampai sebati dengan butter.
  4. Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato.
  5. Bila sudah sebati,masukkan air mengikut sukatan beras yang kalian guna
  6. Masukkan garam dan perasa
  7. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan dan Kacau bagi rata
  8. Kemudian, masukkan dalam rice cooker

Baca Juga : Resepi Kuah Nasi Dagang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Ayam :

  • 1/2 ekor ayam – basuh dan tos
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 2 biji bawang besar – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu sos tomato
  • 4 sudu cili kisar
  • 2 biji tomato- potong 4

Cara-cara Memasak Ayam Masak Merah :

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Bagi rata je
  2. Kemudian goreng separuh masak..(jangan bagi betul2 masak takut akan jadi keras)
  3. Setelah itu, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang(jangan sampai hangit)
  4. Masukkan bahan kisar…Kacau lagi bagi rata
  5. Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili
  6. Gaul sampai rata dan pecah minyak
  7. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi
  8. Gaul rata.. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih

Nota : Untuk pekatkan kuah, boleh masukkan sedikit santan ya

Itulah bahan-bahan and cara-cara buat nasi tomato chef wan. Resepi tu jadi kegemaran banyak rakyat Malaysia kerana memang resepi from chef celebrity yang famous. Oleh itu pantas laa teman cuba at home. Nasi tomato ni elok teman hidangkan saat makan petang or lunch. Oke sekian kongsi resepi nasi tomato ayam masak merah chef wan ni. Semoga berfaedah and selamt mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Kuning Terengganu Paling Sedap

Leave a Reply